• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

357 Pelajar Terima Biasiswa Baitulmal MAIPk

Ipoh 31 Mac 2016 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Majlis Penyampaian Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2016 di Auditorium Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Seramai 357 pelajar menerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal dimana ianya melibatkan dana berjumlah RM357,000 sejak diperkenalkan pada tahun 2012.Majlis biasiswa telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr Amiruddin Bin Muhamed kepada 100 pelajar Tingkatan Satu seluruh Negeri Perak.

Mereka yang terpilih menerima RM1000 setiap seorang daripada Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 5. Penerima skim biasiswa itu terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang terpilih selepas menghadiri temu duga dan memenuhi kriteria yang ditetapkan MAIPk.
Kriteria pemilihan adalah berdasarkan pencapaian akademik, kokurikulum dan kelayakan had kifayah keluarga terbabit.

Dalam majlis tersebut juga turut disampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang KPE kepada Nurul Aqilah Binti Ahmad dari SMK Kuala Kurau yang merupakan penerima Biasiswa MAIPk tahun 2012 telah mencapai keputusan cemerlang 10A dalam ujian PT3 pada tahun 2015.Turut hadir dalam majlis ini Penolong Pengarah Biasiswa dan Tajaan Jabatan Pendidikan Negeri Perak Encik Khairil Anwar bin Yaacob serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.