Bantuan bekalan susu pesakit terlantar

Ipoh 12 April 2016 MAIPk telah melulus dan membekalkan 96 tin susu Enercal Plus 900gm berharga RM 5,902.08 kepada adik Mohammad Asra bin Syariff di perumahan rakyat Seri Conolly, Jalan Pasir Puteh Ipoh. Anak pemohon telah disahkan menghidap Spastic Quadraplegic Cerebral Palsy yang mana anak pemohon berada dalam keadaan terlantar sepenuhnya sepanjang hayat. Segala keperluan diri diuruskan oleh ibunya. Oleh kerana berat badan anak pemohon tidak memuaskan, beliau memerlukan sejenis pemakanan khas iaitu susu enercal plus.
Ibu pemohon tidak berkemampuan untuk membiayai kos tersebut yang dianggarkan sebulan berharga RM 993.26. Doktor pakar telah menyarankan anak pemohon mengambil produk tersebut selama 6 bulan. Disebabkan kesempitan kewangan, ibu pemohon hanya mampu menyediakan susu nespray sahaja yang mana khasiatnya jauh lebih rendah.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.