MAIPk-ABM meterai MoU kerjasama bantu anak golongan asnaf

Ipoh 15 April 2016 (Jumaat) - Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara untuk membantu 20 pelatih wanita yang terdiri daripada anak-anak golongan asnaf. Menerusi program tersebut, mereka akan menjalani kursus Lukisan Seni Bina di bawah seliaan ABM Wilayah Utara selama enam bulan. MAIPk telah memperuntukan sebanyak RM14,450 untuk seorang pelatih dengan jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM289,000 yang meliputi yuran pengajian dan belanja sara hidup.

Hal ini merupakan salah satu program pemerkasaan asnaf yang mana duit zakat bukan sahaja digunakan untuk membantu secara terus tetapi juga merupakan usaha MAIPk untuk membawa keluarga asnaf ini keluar daripada kelompok kemiskinan. Kerjasama MAIPk dengan pihak ABM tersebut akan melatih anak-anak asnaf ini menjadi pekerja mahir yang diperlukan dalam industri seterusnya mempunyai jaminan dalam pekerjaan selepas tamat kursus tersebut.

Pada majlis memeterai MoU, MAIPk diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr.Amiruddin Muhamed manakala ABM Wilayah Utara diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Nazri Zakaria. Majlis menandatangi MoU tersebut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Holdings merangkap Ahli Lembaga Pengarah ABM Wilayah Utara, Sr. Abdul Latif Hitam dan Pengurus Besar Bahagian Zakat MAIPk, A.F Ustaz Bakri Lee







.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.