Kem Motivasi Muallaf Keluarga SAKINAH

Batu Kurau 6 8 Mei 2016 Ketika kawan-kawan lain ke kelas Pendidikan Moral, saya pula lebih berminat untuk ke kelas Pendidikan Islam kerana tertarik untuk mendekati agama Islam. Itu antara perkongsian yang dapat dikongsi oleh salah seorang peserta Kem Motivasi Muallaf Keluarga Sakinah yang telah diadakan di Chalet Teratak Afrina, Batu Kurau. Kem sepanjang 3 hari 2 malam tersebut disertai oleh seramai 40 orang terdiri daripada 13 keluarga asnaf muallaf dari daerah Kampar.

Program Kem Motivasi Muallaf Keluarga Sakinah ini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Daerah Kampar dan dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Zhofran Bin Zainuddin dari Islah Training and Consultancy.

Sepanjang program tersebut, peserta telah didedahkan dan berkongsi pelbagai ilmu kekeluargaan supaya objektif program ini iaitu menerap nilai-nilai murni yang disyariatkan Islam dalam hubungan kekeluargaan, memperbaiki akhlak dan sahsiah sebagai umat Islam, meningkatkan semangat dan kesedaran tentang hikmah menjadi muslim serta mengeratkan silaturrahim dapat tercapai.

Ustaz Ahmad Muzammil Bin Arbain, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf Bahagian Zakat telah merasmikan majlis penutup program ini. Dalam ucapannya, beliau berharap agar pengalaman dan ilmu yang diperoleh dari program ini dapat diamalkan oleh peserta. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Kem Motivasi Muallaf Keluarga Sakinah ini.



















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.