Skim Bantuan Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk Bantu Anak-Anak Asnaf yang Cemerlang

Skim BANTUAN BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL disediakan oleh pihak MAIPk dengan membiayai kos pendidikan anak-anak asnaf yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum dalam usaha memastikan mereka ini tidak ketinggalan dalam pendidikan persekolahan akibat di belenggu kemiskinanan.

Anak-anak asnaf yang berkelayakan akan dibiayai dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan pembiayaan berjumlah RM 1,000.00 seorang/setahun dengan syarat mereka mestilah mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan.

Ini adalah satu usaha, galakan dan dorongan kepada anak-anak asnaf yang terpilih dan cemerlang untuk mereka terus bemotivasi untuk meningkatkan mutu pembelajaran semasa persekolahan.

Selain itu, skim ini turut membolehkan dan memastikan golongan yang kurang berkemampuan ini mendapat pendidikan yang sempurna.

Ini juga adalah salah satu usaha pihak MAIPk untuk membantu anak-anak asnaf meningkatan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik melalui pendidikan.

InsyaAllah, kejayaan mereka akan membawa sinar baru untuk keluarga-keluarga mereka suatu hari nanti.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.