Pelajar Tajaan MAIPk Berlepas Ke Luar Negara

Seramai 122 orang pelajar-pelajar tajaan MAIPk di bawah Skim Dermasiswa Luar Negara bakal berlepas pada malam ini (11 Julai 2016) ke Mesir bagi mengikut pengajian disana. Turut serta pelajar-pelajar persendirian yang diraikan dengan mendapat tajaan MAIPk secara separuh daripada agihan pelajar tajaan.

Seramai 3 orang pengiring iaitu Ustaz Hafizi, Ustaz Fadli dan En. Mior yang akan mengiringi pelajar-pelajar ini sehingga selamat sampai disana dan membantu para pelajar dalam menguruskan urusan-urusan disana.

Sama-samalah kita doakan semoga perjalanan para pengiring dan pelajar-pelajar ini dipermudahkan serta mendapat lindungan Allah s.w.t dan selamat sampai di sana.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.