Persahabatan MAIPk - Pejabat MB

IPOH 14 Januari 2010 : Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan di antara Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak dan Pasukan Pilihan Pejabat Menteri Besar (MB) Perak .

Sepak mula berjalan lancar dengan pasukan MAIPk berjersi warna kuning dan pasukan Pejabat MB berjersi serba biru. Y.A.B Dato' Seri Dr. Zamby Bin Abdul Kadir juga turut serta dalam perlawanan itu. Separuh masa pertama Pejabat MB telah mendahului pasukan MAIPK dengan jaringan 2-0 iaitu gol pada minit 20 dan minit ke 38.

Separuh masa kedua pasukan MAIPK cuba bangkit dengan jaringan satu gol oleh Ahmad Saifudin Bin Ishak pada minit 75 meletakkan kedudukan menjadi 2-1.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.



.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.