Masih Ada Juga Golongan yang Simpati Selain Pihak Zakat

Ramai yang tidak tahu, walaupun bantuan yang dihulurkan secara langsung oleh pihak zakat kepada asnaf sebenarnya turut dibantu oleh pihak lain juga yg terlibat menyalurkan bantuan.

Golongan ini seperti kontraktor yg menyiapkan rumah, pembekal barangan, penyedia perkhidmatan dan lain-lain. Alhamdulillah, mereka yang telah bekerjasama dengan pihak zakat, mempunyai kesedaran yang tinggi untuk turut membantu asnaf.

Gambar ini menunjukkan kerja-kerja kontraktor membantu membaik pulih rumah seorang tua yang tinggal sendiri di sebuah kampung di Gerik, Perak. Walaupun kos yang diluluskan tidak seberapa, namun ia tetap disiapkan dengan sempurna.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.