• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Menandatangani MoU antara Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM)

Majlis Menandatangani MoU antara Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM)

Ipoh, 8 Ogos 2016 - MAIPk telah meterai MoU kerjasama bersama ABM yang melibatkan 3 bidang kursus kemahiran iaitu :-
1) Pengendali Jentera Berat ( Mobile Crane and Excavator)
2) Scaffolding dan Pemasangan IBS
3) Kimpalan (Inspector Level)

Kerjasama ini melibatkan kos sebanyak RM 676,880.00 bagi 56 orang pelajar keseluruhannya. Seramai 20 orang pelajar akan mengikuti kursus Pengendali Jentera Berat (Mobile Crane and Excavator) selama 5 bulan, manakala 3 bulan bagi Kursus Scaffolding dan Pemasangan IBS serta Kimpalan (Inspector Level).
Sebelum ini, MAIPk telah meterai kerjasama bersama ABM bagi Kursus Lukisan Seni Bina yang melibatkan seramai 20 orang pelajar perempuan dengan kos sebanyak RM 289,000.00. Para pelajar akan mengikuti kursus tersebut selama 6 bulan.

Semoga kerjasama ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya para penerima (asnaf) serta mampu melahirkan tenaga kerja yang produktif dan berketrampilan sekaligus mampu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.