Hasil Pendapatan Bertambah, Caruman Zakat Bertambah

Sempena Majlis Perasmian Penutup Minggu Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Tasik Damai, Ipoh pihak urusetia telah menjemput Team Promosi Zakat, MAIPk untuk mengadakan pameran dan kaunter zakat semasa majlis tersebut. Banyak pendedahan berkaitan zakat dan wakaf dapat disampaikan kepada murid-murid pendidikan khas, guru-guru serta tetamu yang hadir. Selain itu, pujian patut diberikan kepada guru-guru yang menambah caruman Zakat Pendapatan kerana mereka sedar akan kenaikan dan pertambahan pendapatan atau gaji yang diperolehi. Tahniah warga SK Tasik Damai serta tetamu yang hadir mengunjungi booth MAIPk.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.