Lawatan MAIPk di Pejabat Perikanan Daerah Kuala Muda, Kedah

KUALA MUDA, 28 September 2016 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pejabat Perikanan Daerah Kuala Muda, Kedah bagi pelaksanaan projek wakaf bot. Lawatan ini diketuai oleh Dr Amiruddin Bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk bersama Pejabat Perikanan Perak serta pegawai-pegawai MAIPK. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang bot yang digunakan oleh para nelayan untuk turun ke laut serta pengurusan hasil tangkapan yang diperolehi.

Semasa lawatan tersebut pegawai Perikanan Daerah Kuala Muda iaitu En Wan Johari Wan Teh telah menerangkan di mana hampir 97% pekerjaan penduduk di Kuala Muda adalah sebagai nelayan dan 100% nelayan ini terdiri daripada kaum Melayu. Seramai 800 orang nelayan di daerah kuala muda mempunyai lesen kelas A dan hampir 400 orang nelayan memiliki sampan persendirian. Sampan yang digunakan oleh nelayan adalah jenis fiber yang berkeluasan 30 x 8 kaki dan mengunakan enjin 115 kuasa kuda.









.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.