Syukur Alhamdulillah, terima kasih pembayar zakat

"Syukur alhamdulillah, terima kasih pembayar zakat ". Itulah kata-kata salah seorang penerima bantuan Bina Rumah MAIPk kerjasama dengan Lembaga Air Perak (LAP).

Pada hari ini, berlangsungnya penyerahan kunci kepada 10 orang penerima yang melibatkan 10 buah rumah dengan kos sebanyak RM 454,000.00. Penyerahan rumah ini membabitkan kawasan Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Tapah, Muallim, Manjung dan Selama.

Alhamdulillah riak wajah penerima menggambarkan kegembiraan dan terpapar satu sinar kehidupan baru dengan adanya rumah baru ini.

MAIPk dan Lembaga Air Perak mengharapkan dengan adanya rumah baru ini, ia menjadi sebuah tempat perlindungan yang lebih selesa dan mampu merubah kehidupan para penerima bertambah baik dan sejahtera. Insya Allah.







.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.