Lawatan kerja MAIPk ke MARA Call Centre

Kuala Lumpur, 19 Disember 2016 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menjalankan lawatan kerja ke ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan MARA, Kuala Lumpur. Seramai 10 pegawai MAIPk menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Tuan Mohd Haidi bin Sulaiman. Ketibaan deligasi MAIPk di sambut oleh Encik Shaiful Bahrin bin Salleh,Timbalan Pengarah Bahagian Korporat, Puan Azurawani binti Wan Mohammad, Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat dan Encik Roszaimi bin Abdul Rahin, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi.

Tujuan lawatan ini untuk mendapatkan informasi berkenaan pengurusan Mara Call Centre (MCC) yang telah dijalankan oleh pihak MARA. Semasa lawatan tersebut deligasi MAIPk telah diberikan penerangan terperinci mengenai pengurusan MCC. Selain itu, pihak MAIPk juga berpeluang melawat staf yang sedang bertugas di MCC. Pelbagai ilmu mengenai MCC telah dikongsikan oleh pegawai dan staf MCC kepada pihak MAIPk. Terima kasih diucapkan kepada pihak MCC kerana menerima kehadiran pihak MAIPk dan semoga MCC terus berjaya memberi perkhidmatan yang cemerlang.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.