• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Kelestarian alam sekitar perlu diberi perhatian - YDP MAIPk

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bahawa bencana alam yang berlaku di bumi ini ada hubungannya dengan perilaku tidak berhemah manusia terhadap alam semesta. Perbuatan manusia yang mengganggu keseimbangan ekologi secara keterlaluan telah mengakibatkan berlakunya pelbagai kerosakan alam. Tindakan-tindakan semata-mata berdasarkan kepentingan komersial kerana nafsu tamak manusia meraih keuntungan telah mencetuskan pelbagai ketidakseimbangan ekologi.

Di masa lalu, menjadi lazim, diamalkan oleh orang-orang tua dalam masyarakat Melayu, menanam sebatang pokok, sama ada pokok buah-buahan, pokok kelapa, pokok pinang dan paling kecil menanam pokok pisang menandakan kelahiran seorang bayi. Naluri tersebut, diamalkan tanpa sebarang fahaman saintifik, tetapi pada hakikatnya telah mewujudkan satu sistem perimbangan ekologi secara semula jadi. Setiap insan yang dilahirkan, menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida; sedangkan setiap pokok yang ditanam akan menyedut karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen.Hari ini amalan tersebut tidak lagi dilakukan, mungkin kerana persekitaran hidup sudah tidak lagi mengizinkannya. Di sebaliknya, apa yang ketara berlaku adalah tindak tanduk yang semakin mencemar alam sekitar dan merosakkan ekologi. Meskipun manusia lebih menguasai dan berpengetahuan dengan ilmu-ilmu sains dan ekologi, namun terdapat jurang di antara memiliki ilmu dengan melaksanakan amal yang berpandukan ilmu. Hari ini, pertimbangan komersial ketara lebih diutamakan tanpa menghiraukan kesan negatif yang merosakkan alam sekitar.

Pada akhirnya, negara dan rakyat menjadi mangsa pencemaran alam dan terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Akhir-akhir ini, banjir kilat semakin berlaku di negeri Perak, malah turut melibatkan kawasan-kawasan yang dahulunya tidak pernah dilanda banjir. Hakisan tanah ditambah dengan timbunan sampah sarap dan bahan plastik semakin menghalang aliran air baik di parit, di longkang dan di sungai, titah Baginda semasa Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Kali Ke-179 di Dewan Persidangan, Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 26 April 2012.

Lantaran itu, Baginda menyarankan agar Kerajaan Negeri memberikan perhatian serius dan mengadakan pelan tindakan bagi membantu usaha memulihara dan memelihara alam sekitar. Masyarakat di semua peringkat khususnya pihak industri hendaklah diberi pendidikan dan kesedaran. Di samping itu, galakan dan insentif untuk menanam pokok dan menghijaukan bumi diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, masjid, surau, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan pihak-pihak lain. Agenda menghijaukan bumi hendaklah dijadikan agenda tetap Jawatankuasa Pembangunan Negeri.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.