MAIPk Terima Zakat Perniagaan Koperasi Perladangan Bagan Datuk Perak Berhad

Sungai Pergam, 19 Januari 2017 Satu majlis penyerahan zakat perniagaan Koperasi Perladangan Bagan Datuk Perak Berhad telah berlangsung pada jam 05.30 petang bertempat di Sungai Pergam, Bagan Datuk.

Pada majlis ini pihak Koperasi Perladangan Bagan Datuk Perak Berhad yang diwakili oleh YB Dato Haji Samsuddin Bin Haji Abu Hassan telah menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2016 berjumlah RM178,516.95 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Dr. Amiruddin Bin Muhamed.

Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan ini organisasi dan perniagaan Koperasi Perladangan Bagan Datuk Perak Berhad. terus berkembang maju serta nasib golongan asnaf akan terus terbela.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.