Khas Kepada Pelajar Lepasan STAM dan SPM

Sukacita dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan membuka tawaran Dermasiswa Pendidikan bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah (Mesir , Jordan & Morocco ) bermula 1 Februari 2017 (Rabu) sehingga 17 Februari 2017 (Jumaat ) dalam bidang pengajian seperti berikut:
  œ”️Ijazah Sarjana Muda Syariah
  œ”️Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
  œ”️Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab
  œ”️Ijazah Sarjana Muda Dirasat Islamiah
  œ”️Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
Semua permohonan yang akan dihantar ke MAIPk diingatkan supaya mendaftar dahulu dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memudahkan sebarang urusan. Pada yang belum mendaftar, boleh terus ke linkberikut :-
Borang permohonan boleh dimuat turun terus dari portal rasmi MAIPk seperti di bawah. Sila pastikan anda memilih borang yang betul iaitu :-
✅klik Info Penerbitan & Muar Turun Borang Pengagihan Zakat- Borang Permohonan Skim Bantuan ( Program Pembangunan Pendidikan)
atau klik terus link di bawah untuk download borang.

http://bit.ly/2jZQiQC

Diingatkan, semua permohonan dermasiswa WAJIB sertakan sekali cetakan permohonan dari Kementerian Pengajian tinggi yang telah diisi.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.