Moh Sertai kami di Kembara Zakat

Satu program tahunan MAIPk kini telah kembali bagi tahun 2012. Program ini yang lebih dikenali dengan nama Kembara Zakat Prihatin akan diadakan sekali lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan untuk rakyat Perak. Kali ini, lebih banyak info dan agihan akan diberikan sepanjang 4 hari program ini diadakan. Antaranya adalah Mini Karnival, Forum Perdana, Jaulah, Penyampaian Bantuan dan pelbagai aktiviti menarik lain telah diaturkan. Kembara ini akan bermula dari Seri Manjung, Seri Iskandar, Batu Gajah, Kampar dan akan berakhir di Ipoh. Mendekatkan hubungun silaturrahim dengan masyarakat setempat adalah salah satu objektif utama program ini diwujudkan. Kembara akan diadakan pada 12 - 15 Jun 2012.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.