• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Executive Talk YDP MAIPk

IPOH, 08 Februari 2017- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Executive Talk bersama YABhg. Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Tujuan diadakan Executive Talk ini sebagai amanat kepada semua pekhidmat MAIPk untuk tahun 2017.

YDP MAIPk dalam ucapannya menekankan konsep kesepunyaan yang perlu ada kepada semua pekhidmat MAIPk. Konsep ini perlu untuk mencapai matlamat MAIPk yang mana daripadanya terkandung di dalam Blueprint MAIPk. Beliau juga mengatakan dalam mengisi kesepunyaan membuatkan kita bijak, kreatif dan inovatif dalam melakukan sesuatu pekerjaan. YDP MAIPk turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Amiruddin Bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk kerana MAIPk sifar kontroversi pada tahun 2016.

Semoga perutusan daripada YDP MAIPk dapat memberi lebih semangat kepada pekhidmat MAIPk dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sempurna.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.