• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Skuad Prihatin Asnaf Menziarahi Ibu Tunggal Di Taman Chepor Impian

Skuad Prihatin Asnaf Menziarahi Ibu Tunggal Di Taman Chepor Impian

Taman Chepor Impian, 23 Mac 2017 - SPA MAIPk ke Taman Chepor Impian menziarahi seorang balu bernama Pn Nor Azah bt Mohd Kaus, 42 tahun yang baru sahaja kematian suami pada 1 Mac 2017 yang lalu akibat sakit strok.
Pemohon sebelum ini tidak pernah bekerja dan merupakan surirumah sepenuh masa. Mempunyai anak seramai 5 orang, 3 masih bersekolah, 1 orang masih mendapatkan pekerjaan dan 1 orang masih kecil berumur 2 tahun. Arwah suami ada memperolehi pencen sebanyak RM 678.00. Jawatan terakhir arwah suami ialah sebagai Penolong Jurutera MBI.
Semasa sesi ziarah tersebut, pihak SPA MAIPk telah mengenal pasti keperluan sebenar pemohon dan anak-anak. Seterusnya pihak kami lantas menyalurkan barangan keperluan makan minum untuk pemohon sekeluarga.
InshaAllah permohonan bantuan zakat pemohon akan diangkat ke mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal untuk pertimbangan bantuan yang sewajarnya. Terima kasih pemberi maklumat . Andalah sebagai mata dan telinga pihak MAIPk dalam mendapatkan maklumat asnaf yang memerlukan bantuan zakat.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.