Taklimat Amil tingkatkan kualiti kutipan

Ipoh, 29 Syaaban 1433H Tugas bagi seorang muslim setiap ramadhan antaranya adalah menunaikan zakat fitrah yang wajib keatasnya dan bagi seorang amil pula, memberi khidmat kutipan zakat di pelbagai lokasi juga satu tanggujawab besar demi memudahkan umat Islam seluruhnya. Bagi mencapai kualiti dalam tugas-tugas amil tersebut, satu program Taklimat Amil Fitrah dan Penyerahan Kupon Fitrah telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada semua amil fitrah seluruh negeri Perak. 

Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Mohd. Yusoff Bin Samsuri, Penolong Juruaudit MAIPk. Ianya bertujuan memastikan kelancaran urusan kutipan zakat tahun ini berkenaan prosedur kutipan, serahan, upah dan undang-undang.

Oleh itu, amil amil zakat fitrah yang telah ditauliahkan untuk melaksanakan tugas mengutip zakat fitrah dalam negeri Perak. Dalam pada itu, umat Islam di negeri ini dinasihatkan agar membayar zakat kepada amil - amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh MAIPk.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.