• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Biasiswa Pelajaran Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Bagi Tahun 2019

Majlis Penyerahan Bantuan Asnaf Teluk Intan

Teluk Intan - 18 Mei 2017 (Khamis)- Telah diadakan majlis penyerahan bantuan asnaf bagi daerah Teluk Intan. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Pegawai Daerah Hilir Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak, Teluk Intan.Ustaz Bakri bin Lee selaku Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah menyampaikan bantuan tersebut kepada asnaf-asnaf yang terlibat.Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Mior Alif Haiqal bin Mior Zanal Idris selaku Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Hilir Perak serta Encik Zul-Azri bin Hosaini selaku Pegawai Baitulmal Daerah Teluk Intan. Pada majlis tersebut sejumlah RM806,257.25 telah diagihkan yang meliputi bantuan dalam bentuk Bantuan Hari Raya, Bantuan Persekolahan, Bantuan Am Pelajaran, Bantuan Baikpulih Rumah, Bantuan Modal dan Bantuan Bina Rumah sebanyak 13 buah rumah. Semoga kegembiraan dapat dinikmati oleh kesemua penerima-penerima bantuan tersebut.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.