• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Ramah Mesra MAIPk dengan Anak-Anak Yatim Sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri MAIPk 1438H

Majlis Ramah Mesra MAIPk dengan Anak-Anak Yatim Sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri MAIPk 1438H

MAJLIS RAMAH MESRA MAIPk DENGAN ANAK-ANAK YATIM
SEMPENA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MAIPk 1438H
IPOH, 12 JULAI 2017 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Ramah Mesra MAIPk Dengan Anak-Anak Yatim Yayasan Nur Maisarah sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri MAIPk 1438H di Lot Parkir bersebelahan Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak. Majlis ini bermula pada 9.30 pagi hingga 2 petang turut dihadiri oleh Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed serta semua pegawai dan staf MAIPk serta jemputan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
  1. Dalam majlis ini, pihak MAIPk meraikan dan beramah mesra dengan 40 orang anak yatim daripada Yayasan Nur Maisarah, Chemor, Perak. Pihak MAIPk turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan sumbangan kewangan kepada pusat jagaan Yayasan Nur Maisarah.
  1. Pada majlis ini juga, Yang Dipertua MAIPk menyerahkan cek sumbangan Skim Takaful Berkelompok berjumlah RM50 ribu yang diuruskan oleh pihak MAIPk untuk keluarga Allahyarham Bah Ya bin Ngah @ Bah Chin Ten. Sumbangan tersebut diterima oleh isteri Allahyarham, Puan Ayu A/P Ali. Allahyarham meninggal dunia ketika berumur 57 tahun akibat kemalangan jalan raya pada 09 Februari 2017. Beliau berkhidmat di MAIPk sebagai Pembantu Mubaligh sejak 07 Januari 2008.
  1. Semoga sambutan Syawal ini lebih bermakna dengan kegembiraan yang dikongsi bersama serta ianya mengeratkan ukhuwah antara pihak MAIPk dengan masyarakat bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini.
Diedarkan oleh:

Unit Perhubungan Korporat
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
12 Julai 2017









.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.