Seminar Independent Asnaf

23 Julai 2017, Ipoh Bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Rizuan, seramai 110 orang peserta telah terlibat dalam Seminar Independent Asnaf anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Peserta-peserta ini terdiri daripada penerima skim bantuan modal tahun 2016.

Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi untuk menjadi usahawan yang berdaya saing serta mendapatkan maklumbalas mengenai bantuan modal yang telah diberikan. Selain itu, Puan Fara Laiqa, sebagai perunding dalam seminar ini juga telah mendedahkan para peserta dengan pelbagai ilmu dan strategi perniagaan.

Diharapkan melalui program ini, para peserta yang juga penerima bantuan modal MAIPk dapat memanfaatkan ilmu dan motivasi yang diperoleh untuk mengembangkan dan memajukan lagi perniagaan mereka.




























.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.