Program Jejak Asnaf Daerah Selama

Selama, 13 September 2017 Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak cawangan Selama bersama-sama Skuad Prihatin Asnaf MAIPk telah menziarahi dan menyantuni seramai 9 keluarga disekitar daerah Selama yang merangkumi mukim Selama, Ulu Selama dan Ijok.

Program Jejak Asnaf daerah Selama ini diketuai oleh A.F Ustaz Bakri Bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat. Sepanjang program ini, pihak MAIPk telah mengenalpasti permasalahan dan akan membantu golongan asnaf ini dalam pelbagai skim bantuan seperti bantuan bulanan, bantuan baikpulih rumah dan bantuan bina rumah.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.