Program Jejak Asnaf Daerah Kampar

Kampar, 3 Oktober 2017 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak meneruskan semula Program Jejak Asnaf yang dikelolakan oleh MAIPk daerah Kampar sejurus sahaja selesai Permukiman Menteri Besar di daerah tersebut minggu lepas. Program Jejak Asnaf kali ini menyantuni asnaf di Mukim Kampar dan Mukim Teja yang keseluruhannya berjumlah 10 orang asnaf. Program ini telah diketuai oleh Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, diiringi oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, A.F Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf, En. Ahamad Muzammil bin Arbain dan Pegawai Baitulmal Daerah Kampar iaitu En. Noraizad bin Rosli serta staf ibu pejabat dan staf pejabat daerah.
Kunjungan pihak MAIPk kali ini lebih kepada bantuan bina rumah dan baik pulih rumah. Ini kerana ada dikalangan asnaf yang tinggal di rumah yang sudah uzur dan tidak diselenggara. Pihak MAIPk juga ada memberikan sumbangan bagi meringankan beban asnaf seperti bantuan barang dapur dan wang belanja.






















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.