Forum Perdana ' Keberkatan dalam hidup'

12 Oktober, Jumaat Bertempat di perkarangan Masjid Asy-Syakirin, Kg Tersusun Tasek, Bercham, Ipoh, telah berlangsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Tema bertajuk Keberkatan Dalam Hidup. Iainya telah dianjurkan oleh Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dengan kerjasama Jawatankuasa Khariah Masjid Asy-Syakirin, Kg Tersusun Tasek, Bercham. Ahli panel ialah Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansur dan Ustaz Asad bin Awang yang kedua-duanya merupakan tokoh yang dihormati serta sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Moderator pula ialah Ustaz Munawir bin Mohamed Noh dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Seramai lebih kurang 500 orang telah hadir ke majlis forum tersebut. Intipati ceramah daripada Ahli Panel iaitu Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansur menjelaskan bahawa, beliau mengingatkan supaya jangan jadikan ibubapa sebagai golongan asnaf. Beliau menyeru supaya anak-anak jangan mengabaikan tanggungjawab sebagai anak. Kerana pada zaman kini terdapat anak-anak yang tanpa segan silu memohon bantuan wang zakat untuk ibubapa mereka. Walaupun telah menjadi tanggungjawab setiap anak untuk membuat kebaikan kepada ibubapa mereka. Beliau juga menerangkan tentang kemana wang zakat diagihkan seperti bantuan bina rumah kepada fakir miskin, bantuan pelajaran dan dimana golongan fakir miskin tidak sepatutnya dihebahkan melalui majlis-majlis pemberian bantuan. Peranan penerima zakat juga mesti menyimpan tekad dan azam bahawa mereka tidak akan menjadi penerima zakat selama-lamanya. Jika tidak kemiskinan akan tetap kekal.
 
Intipati ceramah daripada Ustaz Asad bin Awang menjelaskan demi untuk memperolehi keberkatan, amalan berzakat perlu diperbanyakkan. Amalan infak fisabilillah terutamanya kepada kaum keluarga perlu disemarakkan supaya pendapatan yang diperolehi mendapat keberkatan. Ini kerana amalan sedekah dan berzakat tidak akan menghilangkan keberkatan malah akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT. Selain itu amalan berdoa, membaca Al-Quran dan memastikan memperolehi rezeki yang halal dan dibelanjakan pada jalan yang halal. Ustaz Munawir bin Mohamed Noh selaku moderator merumuskan bahawa punca memperolehi keberkatan seperti solat, berzakat ibarat membubuh baja pada pokok dimana berzakat akan memberikan kesuburan kepada harta dan akan terus berkembang dengan cara yang halal. Diakhir majlis, Ustaz Bakri bin Lee, selaku Penolong Setiausaha, Bahagian Zakat telah menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua ahli panel serta moderator. Forum Perdana Hal Ehwal Islam ini merupakan salah satu daripada program dan aktiviti Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam memberikan kesedaran dan kefahaman berzakat kepada orang ramai terutamanya masyarakat Islam setempat.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.