Kursus Pemanduan Berhemah Pegawai Awam

IPOH 6 7 November 2017 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak telah mengadakan Kursus Pemanduan Berhemah Pegawai Awam. Peserta kursus terdiri daripada pekhidmat-pekhidmat MAIPk yang tugas hakiki sebagai pemandu dan pekhidmat-pekhidmat yang diberi kebenaran memandu kenderaan-kenderaan milik MAIPk. Kursus telah diadakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak. Topik-topik yang dipelajari ialah cara pemanduan berhemah, pengemaskinian buku log, ujian bertulis undang-undang, pengenalan kepada komponen-komponen kenderaan dan ujian pemanduan berkomen. Kursus ini mampu memberikan nilai tambah yang berguna kepada pekhidmat-pekhidmat MAIPk yang terlibat dalam pengurusan dan pemanduan kenderaan dalam tugas-tugas seharian.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.