• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 18 Mei 2019 Majlis Penyerahan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada lapan buah syarikat yang berjumlah RM5,775,375.75. Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dimulakan dengan PLUS Malaysia Berhad yang diwakili oleh YBhg. Datuk Azman Bin Ismail selaku Pengarah Urusan telah menyerahkan zakat sebanyak RM4,062,400.00. Diikuti dengan Pertubuhan Peladang Negeri Perak yang diwakili YBhg. Dato Haji Nadzri Bin Haji Ismail selaku Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah telah menyerahkan zakat sebanyak RM 457,388.15. Perbadanan Menteri Besar Perak Dan Anak-Anak Syarikat pula yang diwakili oleh Encik Anuar Zainal Abidin selaku Ketua Pegawai Eksekutif pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM330,000.00 dan zakat berjumlah yang sama juga telah diserahkan oleh Perak Integrated Network Services Sdn. Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Encik Iwan Che Wan Bin Che Ismail.
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) yang diwakili YBhg. Dato Abdul Fattah Abdullah selaku Presiden juga telah menyerahkan zakat sebanyak RM202,512.44 sementara itu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) diwakili YABhg. Tan Sri Prof. Dr. Nordin Bin Kardi selaku Naib Canselor telah menyerahkan zakat sebanyak RM182,026.60. Seterusnya ialah penyerahan zakat dari Koperasi Guru Melayu Perak Berhad, yang diwakili Encik Mohd Naser Bin Ismail sebagai Anggota Lembaga dengan menyerahkan RM106,035.13. Penyerahan yang terakhir telah diserahkan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak yang diwakili oleh Encik Md. Saad Bin Harun selaku Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah dengan menyerahkan zakat sebanyak RM105,013.43.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Pengurusan), Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.