Bengkel MPK dan Fail Meja Daerah

TAIPING, 21 - 23hb Februari 2012: bertempat di Hotel SSL Taiping, Perak telah diadakan Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) daerah yang mana melibatkan pegawai di peringkat ibu pejabat dan daerah. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengemas kini dan menyelaraskan MPK dan FM daerah mengikut format yang telah ditetapkan. MPK dan FM dapat dikemas kini mengikut keperluan dan tugasan semasa dapat memberi panduan kepada para pegawai untuk melaksanakan kerja dan tugasan dengan berfokus. Kesemua pegawai yang hadir telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan MPK dan FM bagi peringkat daerah.