|
BAHAGIAN HARTANAH FUNGSI UTAMA : Mentadbir dan membangunkan dengan berkesan segala urusan hartanah dan sumber am di negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 Seksyen 74 "...Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf am, wakaf khas dan semua nazar am, setakat mana sesuatu harta yang mengenainya terletak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan,..." Di bawah bahagian ini terbahagi kepada dua (2) unit utama: - Unit Baitulmal
- Tanah Baitulmal merupakan tanah milik Baitulmal samada diperolehi melalui cara pembelian dan perintah pembahagian harta pesaka yang tiada waris atau tidak dihabisi oleh waris.
- Tanah-tanah Baitulmal boleh dibangunkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan pendapatan dari harta Baitulmal boleh digunakan untuk pentadbiran dan pembangunan Baitulmal sendiri.
- Unit Wakaf
- Wakaf dalam bahasa Arab bermaksud menahan (habs) dan membeku (man’u) dari segi syarak, Syed Sabiq mendefinisikan wakaf sebagai “menahan harta untuk memberikan manfaatnya di jalan Allah s.w.t.”.
- Secara umumnya wakaf bermaksud harta yang ditahan dan diserahkan kepada Nazir Wakaf supaya dimanfaatkan hasil untuk tujuan yang ditentukan.
TA’RIF BAITULMAL : Baitulmal menurut bahasa ialah tempat yang disediakan untuk menyimpan harta samada harta khas ataupun harta am. SUMBER AM BAITULMAL - Sumber am Baitulmal hendaklah termasuk perkara-perkara berikut :
- Sumbangan dan pemberian
- Fidyah dan kaffarah
- Wang dan harta orang Islam yang tidak dituntut
- Wasiat am
- Harta pusaka yang tidak diwarisi
- Harta-harta tercicir (luqatah)
- Lain-lain sumber Baitulmal mengikut Enakmen ini atau Hukum Syara’
- Kerajaan hendaklah dari semasa ke semasa menyumbang kepada Baitulmal mengikut amaun yang difikirkannya wajar,
- Majlis boleh menerima apa-apa deposit kedalam Baitulmal daripada mana-mana orang, badan atau organisasi Islam atas syarat-syarat tentang pembayaran balik dan pelaburannya dan apa-apa faedah-faedah lain yang boleh dibayar ke atasnya, atau selainnya, sebagaimana dipersetujui di antara Majlis dengan pendeposit.
- Majlis boleh menjadi pemegang amanah bagi mana-mana pungutan kerana khairat di bawah Enakmen ini dan bagi apa-apa sumbangan atau pemberian yang diterima bagi maksud menyokong dan memajukan Agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut Hukum Syara’.
TA’RIF WAKAF : “Menahan harta benda yang kekal zatnya, yang mungkin di ambil manfaatnya, untuk diberikan pada jalan kebaikan.” CIRI-CIRI WAQAF :
Untuk menjamin amalan tersebut sah dan diterima oleh syara, beberapa ciri penting perlu ada. - Amalan waqaf akan menyebabkan kuasa pemilikan harata dari tuannya akan terhapus terhadap harta tersebut. Kecuali pada mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah.
- Waqaf adalah satu sedekah yang berlainan berterusan oleh itu harta yang hendak diwakafkan itu mestilah kekal sifat dan zatnya. Kecuali pada mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah.
- Setiap amalan wakaf mesti ada pemberi dan penerimanya.
- Setiap harta yang hendak diwakafkan mestilah harta persendirian dan bukan milik orang lain.
- Penggunaan harta wakaf mestilah digunakan untuk kebajikan dan perkara-perkara yang diharuskan syara’.
- Waqaf bukanlah pemberian harta kepada seseorang secara mutlak kerana harta waqaf adalah milik Allah. Kecuali pada pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah.
HIKMAH DISYARIATKAN WAKAF - Menggalakkan orang-orang Islam menggunakan hartanya di jalan kebaikan bagi kepentingan masyarakat Islam, seperti pembangunan masjid, sekolah institusi-institusi pendidikan dan sosial, menyebarkan dakwah Islamiah, mengembangkan ilmu pengetahuan dan sebagainya.
- Bagi memenuhi hajat orang-orang miskin, anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan.
- Sebagai ‘amal taqarrub untuk mencari keredhaan allah, di mana kebaikannya akan terus berkekalan walaupun ia sudah meninggal dunia.
RUKUN WAKAF - Waqif - Orang yang berwakaf
- Mauquf - Benda (harta) yang diwakafkan
- Mauquf Alaih - Orang (pihak) yang diwakaf atasnya
- Sighah - Perkataan yang digunakan untuk maksud berwaka
HUKUM - HUKUM YANG BERKENAAN DENGAN WAKAF Wakaf merupakan satu `aqad yang pasti terbit daripada beberapa hukum : - Tiada boleh khiyar apabila sudah berlaku ‘aqad wakaf samada khiyar majlis atau khiyar syarat.
- Perpindahan milik harta yang diwakafkan itu kepada Allah S.W.T. Kerana itu tidak ada bagi pemilik asal untuk bertindak (tasharruf) di dalam harta yang diwakafkannya itu, tidak menjualnya atau memberikannya dan sebagainya.
- Perpindahan hak untuk mengambil manfaat daripada harta yang diwakafkan kepada pihak yang diwakafkan baginya, sama ada secara khusus ataupun secara umum.
JENIS - JENIS WAKAF Wakaf terbahagi kepada tiga jenis : - Wakaf Ahli ( Keluarga / khusus / khas) atau dikenali juga sebagai waqaf zurri
- Wakaf Khas
- Waqaf yang menjadi milik kepada mereka yang ditentukan dalam konteks waqaf. Dalam waqaf ini mereka sajalah yang berhak untuk mendapat faedah dan kegunaan waqaf tesebut. Waqaf ini biasanya ditujukan kepada kaum keluarga sendiri, alim ulama dan orang – orang tertentu.
- Wakaf Khairi (umum)
- Waqaf umum ialah waqaf yang bersabit denagn nas al-Quran dan hadith, ia bertujuan untuk mendapat pahala dari Allah, beramal Jariah untuk fakir miskin dan juga untuk berjihad ke jalan Allah. Penerimanya adalah terdiri dari golongan fakir miskin atau badan kebajikan.
- Waqaf jenis ini tidak memerlukan kepada akaun penerimaan bahkan ia terus menjadi milik Allah. Harta waqaf ini akan dikendalikan oleh pemerintah dan dimanfaatkan kepada saluran-saluran kebajikan.
- Waqaf jenis ini juga dapat menikmati secara meluas oleh masyarakat dan sebahagiannya dapat merupakan salah satu sumber pembiayaan kegiatan pembinaan ummah samada dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
- Wakaf Mustarak ( Campuran antara Ahli dan Khairi)
- Waqaf ini merupakan campuran antara waqaf ahli yang khusus dan waqaf khairi yang umum. Misalnya waqaf tanah pertanian yang sebahagian dari hasilnya ditujukan untuk anak-anak cucu sementara sebahagian lagi untuk tujuan umum.
- Setengah daripada waqaf jenis ini telah menimbulkan masalah perpecahan harta yang melahirkan kerosakan dan lain-lain. Oleh itu setiap bahagian waqaf tersebut akan mengambil kedudukan serta hukum khusus samada sebagai waqaf ahli atau khairi.
Jenis | Bidang | Luas (A) | Wakaf Perkuburan | 841 | 2241 | Wakaf Tapak Masjid | 556 | 596 | Wakaf Tapak Surau | 396 | 169 | Wakaf Sekolah Agama Rakyat | 330 | 303 | Wakaf Saraan Masjid | 648 | 1405 | Wakaf Saraan Surau | 387 | 395 | Wakaf Saraan Sekolah Agama Rakyat | 350 | 127 | Wakaf Am | 307 | 748 | Wakaf Saraan ( lain-lain) | 480 | 644 | JUMLAH | 4295 | 6628 | Keluasan Tanah Wakaf Daerah PTA | LOT | A | PARIT BUNTAR | 181 | 139 | BAGAN SERAI | 263 | 316 | TAIPING | 235 | 263 | SELAMA | 199 | 258 | GERIK | 52 | 65 | LENGGONG | 203 | 367 | PENGKALAN HULU | 57 | 224 | KUALA KANGSAR | 592 | 688 | IPOH | 306 | 736 | BATU GAJAH | 191 | 564 | SERI ISKANDAR | 514 | 534 | KAMPONG GAJAH | 236 | 438 | MANJUNG | 266 | 418 | TELUK INTAN | 704 | 975 | TAPAH | 250 | 546 | SLIM RIVER | 46 | 96 | JUMLAH | 4295 | 6628 |
TUJUAN DAN HIKMAT WAQAF - Tujuan yang paling utama ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan mendapat pahala daripadanya. Oleh itu setiap sesuatu yang berbentuk keagamaan akan dianggap suci dan sah dalam masyarakat dan ia merupakan satu pengorbanan atau pemberian yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah atau balasan baik di akhirat.
- Tujuan dan matlamat waqaf dari segi pentadbiran dan perundangan pula ialah untuk membolehkan orang -orang yang membuat pengorbanan waqaf itu mencapai kemajuan kerohanian dalam penghidupannnya berdasarkan amalan kebaikan yang telah dilakukan semasa hayatnya. Sungguhpun begitu amalan waqaf bukanlah satu sedekah yang wajib, tetapi suatu amalan sunat yang digalakkan. Manakala tujuan dan matlamat waqaf dalam bidang kemasyarakatan pula ialah dengan adanya harta waqaf maka dapatlah pihak berkuasa merancang sesuatu rancangan untuk memajukannya.
- Dengan adanya harta waqaf juga pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan kepada umat Islam yang memerlukannya. Dalam hal hubungan sosial pula, ia dapat menghubungkan antara pemberi dan pengguna harta waqaf tersebut dengan suatu hubungan erat.
SYARAT – SYARAT BENDA YANG DIWAKAFKAN - Mestilah hanya milik sendiri.
- Benda yang bermanfaat dan mempunyai ciri-ciri yang kekal. Ini kerana harta tersebut berlainan daripada harta yang disedekahkan secara biasa.
SYARAT – SYARAT PERLAKSANAAN WAQAF Setelah seseorang pewaqaf melafazkan waqafnya, ia mestilah dilaksanakan dengan kadar segera, berkekalan dan mengikut arah waqaf itu dibuat seperti perincian berikut : - Kemestian perlaksanaan : Waqaf merupakan amalan yang mesti dilaksanakan tanpa sebarang syarat atau pilihan (khiyar) samada meneruskan atau membatalkan.
- Perlaksanaan segera : Apabila sesuatu waqaf itu telah dilafazkan, ia perlu dilaksanakan dengan segera tanpa tangguh-tangguh, atau diisyaratkan kepada kejadian sesuatu peristiwa atau kelahiran sesuatu perkara di masa akan datang. Perlaksanaan segera ini perlu kerana lafaz waqaf itu membawa kesan perlepasan hak milik waqaf selepas sahaja lafaz itu dilakukan. Oleh itu waqaf tidak boleh tujukan kepada anak-anak yang akan lahir.
- Kekal selama-lamanya : Waqaf tidak boleh dihadkan kepada satu tempoh masa tertentu kerana ia bersifat berterusan untuk ganjaran yang berterusan.
- Menentukan arah waqaf yang jelas : Pihak-pihak yang dicadangkan untuk menerima waqaf mestilah dijelaskan secara terperinci untuk mengelakkan dari sebarang kekecohan, fitnah atau persengketaan di belakang hari.
SYARAT – SYARAT LAFAZ (SIGHAH) - Sighah adalah merupakan lafaz atau ucapan yang dilakukan oleh pewaqaf dan penerima waqaf, yang terkandung didalamnya satu pengakuan penerimaan. Maka dengan itu sighah adalah merupakan unsur utama dalam urusan ibadat waqaf. Oleh itu penting dituturkan dengan jelas supaya diketahui dan difahami maksud sebenar pewaqaf.
- Para fuqaha telah bersependapat bahawa sesuatu waqaf itu dapat dilaksanakan dengan sebarang lafaz perkataan yang mengandungi maksud yang hendak disampaikan, samada ianya berbentuk secara terang, atau kinayah. Lafaz sighah ini pula terlebih baik ditulis atau dibuat dihadapan saksi, kerana mungkin disebalik perkataan tersebut terdapat pula pelbagai syarat lain yang perlu dipenuhi oleh penerima waqaf. Lafaz sighah lebih ‘afdhal’ jika ditulis.
SYARAT – SYARAT UNTUK MENJADI PENGURUS HARTA WAQAF - Adil -
Syarat ini tidak termasuk bagi pengawas / penyelia harta waqaf yang diberikan kepada dirinya sendiri. - Amanah -
Seseorang yang boleh diharap dan tidak khianat terhadap tugas yang diberikan. - Berupaya untuk berurusan dengannya -
Iaitu seseorang yang tahu untuk menjaga dan memajukannya. - Orang dewasa -
Ini bermakna bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menguruskan harta waqaf. Selain daripada syarat di atas, persetujuan daripada orang yang dilantik adalah diperlukan. TUGAS PENGURUS / PENYELIA HARTA WAQAF - Tugas penyelia berkenaan meliputi menjaga, membangun, memaju dan membahagikan harta tesebut kepada orang-orang yang berhak dan berkenaan. Penyelia / pengurus berkenaan bebas melaksanakan program yang berfaedah untuk memajukan harta berkenaan asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak.
- Walaupun begitu pihak penyelia tidak boleh berhutang dari pihak lain untuk memajukan harta waqaf berkenaan melainkan mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa. Tugas penyelia ini menyerupai tugas seseorang yang di amanahkan untuk menjaga anak yatim.
JENIS-JENIS PEGANGAN TANAH - Tanah bermilik
- Yang diwakaf oleh orang yang perseorangan
- Tanah daripada pembahagian pesaka
- Tanah yang diberi milik oleh Pihak Berkuasa Negeri
- Tanah Rezab
Tanah yang direzabkan oleh pihak berkuasa Negeri kepada Majlis bagi tujuan: - Masjid
- Surau
- Sekolah Agama Rakyat
- Perkuburan
- Tujuan-tujuan lain
- Dasar Tanah Baitulmal
- Tanah Wakaf Khas - Hendaklah terus dipegang dan tidak boleh ditukar beli atau urusniaga tetapi boleh disewakan untuk mendatangkan hasil bagi tujuan wakaf tersebut. Pengurusan kewangan dibawah institusi yang menerima wakaf berkenaan.
- Wakaf Am - Boleh dijual dalam bentuk badal (ganti) untuk membeli harta yang lain yang lebih ekonomik.
- Pesaka - Boleh dijual beli kepada sesiapa yang difikirkan sesuai.
- Tanah diberi milik/rezab oleh Kerajaan - Selain daripada tanah yang diberi khusus oleh kerajaan untuk masjid, SAR, perkuburan
- dan saraan tanah lain boleh dijual
PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DAN BAITULMAL - Proses Pembangunan Tanah Wakaf Am dan Baitulmal
- Kenalpasti tanah untuk dibangunkan.
- Tentukan Peruntukan.
- Bawa ke Jawatankuasa Pelaburan.
- Pelaksanaan melalui tender/konsultan
- Proses Pembangunan Tanah Wakaf Khas
- Terima permohonan daripada Jawatankuasa surau/masjid/SAR.
- Perakuan daripada Pegawai Tadbir Agama.
- Sediakan belanjawan tahunan / peruntukan kewangan.
- Dapatkan kelulusan Jawatankuasa yang berkenaan.
- Pelaksanaan melalui tender/sebutharga
- Isu-isu Tanah
- Saiz tanah yang kecil dan kedudukan tanah yang tidak strategik.
- Jauh daripada tumpuan penduduk dan jalanraya.
- Kekurangan tenaga pengurusan/manusia untuk mengawal tanah di seluruh Negeri Perak.
- Sumber kewangan terhad untuk memajukan tanah.
- Pencerobohan dan penerokaan haram.
- Jawantankuasa pengurusan Masjid, surau dan SAR yang tidak efektif kerana kekurangan modal dan kepakaran.
- Penyenggaraan rekod maklumat tanah wakaf dan baitulmal yang kurang sempurna.
|