Selamat Datang Ke MAIPk

Info Terkini

Kaunter permbayaran zakat telah berpindah ke Tingkat 4. Bagi permohonan bantuan kekal di Tingkat 1.

 
'Planner' 2010 PERCUMA!!.. Bagi pembayar zakat secara potongan gaji sahaja. Sila dapatkannya di Pejabat Pentadbiran MAIPk berhampiran anda.

 

Nisab Semasa

Kadar Nisab Semasa adalah sebanyak

RM 10,708.43

 
Artikel Akhbar
Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.
Muat Turun
YOOaccordion
Muat turun fail dan sumber berkaitan di ruangan ini.
Galeri Gambar
YOOaccordion
Galeri Gambar aktiviti & acara anjuran MAIPk
Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
serta Soal Jawab Zakat 

Galeri Video

Khutbah Jumaat 24 Julai 2009.


Iklan Maiamp
Maklumat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia PDF Cetak E-mail
Rabu, 29 April 2009 08:21

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Bahagian ini diwujudkan bagi memberi perkhidmatan sokongan yang cekap kepada unit-unit.
Di bawah bahagian ini, terbahagi pula tiga (3) unit utama lain:

  1. Unit Pentadbiran
    MAIAMP telah melaksanakan proses penyusunan semula struktur perjawatan dalam tahun 2003. MAIAMP telah diluluskan 44 jawatan bertaraf tetap pelbagai gred oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebagai tambahan kepada 28 jawatan tetap yang sedia ada.Ini bermakna, jumlah perjawatan MAIAMP yang bertaraf tetap kini ialah 72 jawatan. Struktur jawatan yang baru ini mula berkuatkuasa pada Mac 2003, dan memansuhkan struktur perjawatan yang lama. Selain itu, sebanyak 20 perjawatan tambahan pelbagai gred yang bertaraf kontrak telah diwujudkan bagi melancarkan urusan pentadbiran MAIAMP, terutamanya di pejabat-pejabat pentadbiran daerah.

    Dengan kekuatan seramai 92 kakitangan hasil daripada penstrukturan semula organisasi, MAIAMP berasa lebih yakin bahawa, sistem pentadbiran dan pengurusan MAIAMP akan menjadi lebih mantap dan berkesan bagi menjamin mutu perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.


  2. Unit Kewangan
    Perbelanjaan MAIAMP adalah terkawal, sejajar dengan “Dasar Belanjawan Berhemat” yang telah digariskan dalam tahun kewangan 2002. Dasar ini diteruskan bagi penyediaan Belanjawan Tahun 2003. Langkah penjimatan dan pengawalan perbelanjaan yang berkesan telah dilaksanakan dengan menyeluruh, termasuklah di pejabat-pejabat pentadbiran daerah.

    Bersesuaian dengan fungsi MAIAMP sebagai sebuah badan berkanun yang menjadi nadi penggerak utama kepada kegiatan pambangunan umat Islam di negeri Perak Darul Ridzuan, MAIAMP amat menitikberatkan kepada ketelusan, akauntabiliti dan pematuhan hukum dalam mengendalikan segala urusan kewangan berkaitan dengan pungutan zakat, wakaf dan baitulmal.

    Pungutan Zakat dan Fitrah merupakan sumber kewangan utama MAIAMP. Sebagai institusi tunggal di negeri Perak yang bertanggungjawab dalam mengagihkan pungutan zakat kepada golongan asnaf, MAIAMP mempastikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan akan diakaunkan dengan telus dan betul.

    Bahagian Hartanah MAIAMP tidak mencatatkan pertumbuhan yang ketara dalam tahun kewangan semasa. Aktiviti utama yang menyumbangkan hasil adalah daripada sewaan harta. MAIAMP mengambil langkah konservatif dalam membangunkan hartanah, wakaf dan baitulmal memandangkan persekitaran ekonomi yang masih tidak menentu. Melihat kepada perkembangan sektor pembangunan hartanah yang agak perlahan, MAIAMP menghadkan aktiviti-aktiviti pembangunan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Oleh yang demikian, MAIAMP mengambil langkah yang ketat dalam mengawal perbelanjaan di bahagian Hartanah untuk memastikan imbangan belanjawan yang positif.


  3. Unit Teknologi Maklumat
    Unit Teknologi Maklumat telah membangunkan beberapa sistem berkomputer yang bersepadu dalam mengendalikan pungutan dan agihan zakat serta pengurusan Hartanah. Dengan kejayaan ini, MAIAMP mengorak langkah ke arah penerapan budaya kerja yang cemerlang melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Sistem yang dinamakan sebagai Sistem Pengurusan Zakat Berkomputer (SPZB) telah dilancarkan secara rasminya pada April 2002. Dengan menggunakan aplikasi SPZB ini, mutu perkhidmatan kepada pelanggan dapat dipertingkatkan agar menjadi lebih pantas, cekap dan berkualiti.

    SPZB terbahagi kepada tiga (3) modul utama iaitu Modul Kutipan, Modul Agihan dan Modul Laporan. Ianya telah diselaraskan kepada enam belas (16) buah Pejabat Pentadbiran Daerah di seluruh negeri Perak. SPZB dibangunkan dengan menggunakan perisian pengkalan data Oracle 8i, yang merupakan satu sistem terbuka dan serasi kepada mana-mana sistem pengoperasian lain seperti Windows 98, Windows XP, Linux dan sebagainya.

    Menerusi Modul Agihan, segala proses permohonan bantuan dan sebagainya dapat dilakukan dengan lebih bersistematik. Hasil daripada kajian berterusan, dalam tahun 2003 modul ini telah menjalani proses penambahbaikan bagi meningkatkan prestasinya. Dua lagi modul telah ditambah iaitu, Bantuan Am Pelajaran dan Dermasiswa. Dengan adanya modul-modul yang baru ini, proses permohonan bantuan kepada para pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah berjaya dipercepatkan.

    Bagi mendapatkan laporan statistik secara terperinci, SPZB menyediakan Modul Laporan yang mampu mengeluarkan pelbagai format laporan yang diperlukan oleh pengurusan. Format pelaporan yang fleksibel sebegini, memberi kemudahan kepada pengurusan untuk mengawal prestasi perbelanjaan dari masa ke semasa.

    Dalam tahun 2003, Unit Teknologi Maklumat telah berjaya mewujudkan satu lagi sistem di Bahagian Hartanah MAIAMP. Sistem ini dinamakan Sistem Maklumat Hartanah (SMHT), yang menggunakan perisian Visual Basic. Dengan pembangunan sistem SMHT ini, semua maklumat-maklumat tanah dapat disimpan di dalam pengkalan data serta pengeluaran bil dan resit secara berkomputer dapat dilakukan.

    Secara ringkasnya, dengan sokongan ICT di dalam pengurusan MAIAMP, setiap keputusan dapat dibuat dalam jangkamasa yang singkat dan kemaskini. Melalui perancangan dan kajian pembangunan yang berterusan, setiap urusan dan proses kerja MAIAMP akan dapat dilaksanakaan dengan cekap dan berkesan sama ada melalui sistem yang sedia ada, ataupun pembangunan sistem yang baru di masa hadapan.