Selamat Datang Ke MAIPk

Info Terkini

Kaunter permbayaran zakat telah berpindah ke Tingkat 4. Bagi permohonan bantuan kekal di Tingkat 1.

 
'Planner' 2010 PERCUMA!!.. Bagi pembayar zakat secara potongan gaji sahaja. Sila dapatkannya di Pejabat Pentadbiran MAIPk berhampiran anda.

 

Nisab Semasa

Kadar Nisab Semasa adalah sebanyak

RM 10,708.43

 
Artikel Akhbar
Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.
Muat Turun
YOOaccordion
Muat turun fail dan sumber berkaitan di ruangan ini.
Galeri Gambar
YOOaccordion
Galeri Gambar aktiviti & acara anjuran MAIPk
Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
serta Soal Jawab Zakat 

Galeri Video

Khutbah Jumaat 24 Julai 2009.


Iklan Maiamp
Maklumat Bahagian Zakat PDF Cetak E-mail
Rabu, 29 April 2009 01:48

BAHAGIAN ZAKAT

Fungsi Utama :

Menguruskan Perlaksanaan Pungutan Serta Agihan Zakat Dan Fitrah Secara Berkesan Bagi Manfaat Umat Islam Di Negeri Perak.

Pengertian Zakat :

Dari Segi Bahasa : Subur, Bersih dan Suci.
Dari Segi Istilah : Harta yang wajib dikeluarkan oleh golongan yang tertentu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan syarak dan diagihkan kepada asnaf yang telah ditetapkan.

Dalil diwajibkan zakat :

  • Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
    "Ambillah sedekah (zakat) dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dengannya dan doakanlah mereka setelah menerimanya…"
    (At-Taubah –103)

  • Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
    "Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah yang baik-baik dari apa yang kamu usahakan dan apa yang kami tumbuhkan dari bumi untukmu…"
    (Al Baqarah- 267)

 

 

 

HIKMAH BERZAKAT

Tujuan utama mengeluarkan zakat ialah untuk
  1. Beribadat kepada Allah s.w.t.
  2. Membantu golongan yang tidak berada dan orang yang memerlukan bantuan
  3. Merapatkan jurang perbezaan sesama manusia.
  4. Memaju dan meningkatkan ekonomi Islam.
  5. Membebaskan perhambaan sesama manusia.

SYARAT- SYARAT WAJIB ZAKAT

Syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu mengeluarkan zakat adalah seperti berikut:
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna milik
  4. Cukup nisab
  5. Cukup haul

JENIS - JENIS ZAKAT

Terdapat beberapa jenis zakat yang wajib iaitu:
  • Zakat Fitrah
    Zakat Fitrah adalah termasuk di dalam zakat yang terkandung di dalam Rukun Islam ketiga iaitu wajib Ijmak ( sepakat ulama’) dan dalil yang diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a bermaksud :
    "Telah difardhukan oleh Rasulullah s.a.w akan zakat fitrah pada tiap-tiap Ramadhan di atas seluruh manusia segantang daripada buah tamar atau segantang syiir (sejenis gandum) atas tiap-tiap lelaki dan perempuan sama ada merdeka atau hamba daripada orang-orang Islam."

    Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

  • Zakat Tanaman ( padi, jagung, kurma dan gandum )
    Zakat tanaman diwajibkan keatas buah anggur dan kurma serta biji-bijian yang ditanam untuk makanan asasi seperti padi, gandum dan jagung.
    Syarat Wajib Zakat Tanaman :
    1. Islam
    2. Sempurna milik
    3. Merdeka
    4. Cukup nisab (sukatannya ialah 5 ausuq bersamaan 363 gantang/1,306.8kg)
    5. Penanam (hendaklah ditanam oleh manusia)
    6. Jenisnya (biji–bijian dan buah yang boleh mengenyangkan dan tahan lama)

    Asas Pengiraan Zakat Tanaman
    Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab dan hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau hidup dengan aliran air sungai atau parit maka zakatnya ialah 10% atau 1/10.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
    "Dialah yang telah menciptakan kebun-kebun yang mempunyai naungan tidak, menumbuhkan pohon dan tanaman yang aneka warna rasanya, pohon zaitun dan delima, baik yang serupa mahupun yang berbeza. Makanlah buahnya jika ia berbuah, dan berikanlah haknya di Waktu panennya".

    (Al-An’am:141)

  • Zakat Ternakan ( lembu, kambing dan biri-biri )
    Syarat-syarat wajib zakat ternakan
    1. Islam
    2. Merdeka
    3. Milik yang sempurna
    4. Cukup nisab
    5. Cukup haul
    6. Binatang yangn hidup lepas di padang
    7. Binatang yang dizakatkan hendaklah tidak cacat atau tua

  • Zakat Perniagaan
    Dikenakan sebanyak 2.5% atas harta semasa dan pelaburan pada akhir tahun jika jumlah harta semasa dan pelaburan melebihi nisab. Jika perniagaan perkongsian, jumlah harta semasa + pelaburan * peratus ekuiti yang dimiliki oleh individu muslim * 2.5% = Zakat

  • Zakat Harta Simpanan
    Dinilai sebanyak 2.5% atas baki terendah tahun semua jenis simpanan termasuk pelaburan ASN/ASB dan hutang yang dipinjamkan dan dijangka akan diperolehi kembali jika jumlah baki terendah melebihi dari nisab tertinggi dalam tahun tersebut.

  • Zakat Emas dan Perak
    1. Zakat emas dikenakan sebanyak 2.5% keatas emas yang disimpan selama setahun jika emas tersebut bersamaan atau lebih daripada 85 gram. Bagi emas yang dipakai ia tidak diwajibkan zakat melainkan dipakai melebihi ‘Uruf’ (kebiasaan sesuatu masyarakat) iaitu melebihi 500 gram. Ia juga dikenakan sebanyak 2.5% atas emas yang dimiliki.
    2. Zakat perak dikenakan 2.5% atas perak yang disimpan selama setahun jika perak itu melebihi atau bersamaan 200 dirham (bersamaan dengan 176 mayam).

    Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Amar bin Syu’aib:
    "Datang kepada Rasulullah s.aw. dua orang wanita yang memakai gelang emas ditangannya. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w pada mereka :“Apakah anda ingin dibelitkan Allah pada tangan anda pada hari kiamat nanti gelang-gelang dari api neraka?" "Tidak-tidak ujar mereka. "Kalau begitu bayarlah zakat barang yang ditangan anda ini!" Sabda Nabi.

  • Zakat Harta Rikaz
    Harta rikaz ialah harta terpendam dari zaman pra-Islam. Jumlah wajib dikeluarkan zakat ialah 20% atau 1/5 daripadanya tanpa menunggu genap setahun (354 hari) dan nisabnya yang tertentu.

  • Zakat Saham
    Dinilai sebanyak 2.5% daripada jumlah saham yang dimiliki pada akhir tahun. Mengikut saham pada tarikh cukup haul.

    NOTA:
    Bagi saham dalam sesebuah syarikat yang membayar zakat perniagaan bagi pihak pemegang saham, maka pemegang saham berkenaan tidak perlu membayar zakat atas saham tersebut.

  • Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
    Dinilai sebanyak 2.5% apabila wang tersebut dikeluarkan.

 

 

 

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

Wang zakat yang dipungut oleh Majlis akan diagihkan mengikut asnaf-asnaf seperti berikut:
  1. FUQARA’ (Orang-orang Fakir)
  2. MASAKIN (Orang-orang Miskin)
  3. A’MILIN (Amil-amil)
  4. MUALLAF (Saudara baru atau orang kafir yang diijnakkan dari hati mereka)
  5. RIQAF (Memerdekakan hamba)
  6. GHORIMIN (Orang-orang yang berhutang)
  7. FISABILILLAH (Orang-orang yang berjihad di jalan Allah)
  8. IBNU-SABIL (Orang-orang musafir yang putus perbelanjaan)

Firman Allah s.w.t. dibawah ayat 60, surah At-Taubah

“Sesungguhnya zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil, mu’allaf yang dijinakkan hatinya, hamba (yang dijanjikan kebebasan), orang-orang yang berhutang, dijalan Allah dan mereka yang dalam perjalanan sebagai satu kefardhuan dari Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

 

 

 

JENIS-JENIS BANTUAN KEPADA ASNAF
  1. FAKIR & MISKIN:
    Kewangan bulanan (antara RM100-150 seorang)
    Bantuan perubatan:
    • Dialisis
    • Implan
    • Bayaran wad
    • Pembedahan
    • Rawatan dan/atau ubatan
    • Alat-alat sokongan seperti kerusi roda
    Bantuan persekolahan – bantuan sekaligus mengikut bil dan bantuan sekolah menengah
    Bantuan rumah:
    • Bina rumah
    • Baikpulih rumah
    Bantuan segera kerana kesusahan:
    • Wang tunai
    • Waran tiket keretapi
    Bantuan sekaligus – modal atau peralatan
    Bantuan Ramadhan (RM100 seorang/ketua keluarga mulai tahun 2001)

  2. MU’ALLAF
    • Bantuan kewangan bulanan, bantuan persekolahan anak, perubatan, kursus dan baikpulih rumah.
    • Terdapat juga bantuan secara tidak langsung kepada golongan ini iaitu melalui aktiviti-aktiviti dakwah yang disedia dan dijalankan oleh Bahagian Dakwah,Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)

  3. GHORIMIN
    • Bantuan menyelesaikan hutang pendaftaran di pusat pengajian tinggi dalam negeri, hutang tambang tiket kapal terbang dan sebagainya serta bayaran balik pinjaman berjadual kepada Kerajaan Negeri.
    • Pemohon-pemohon hendaklah mengemukakan bukti keterhutangan dan menunjukkan ikhtiar atau usaha yang telah dibuat untuk menyelesaikannya sebelum membuat permohonan tersebut.
    • Hutang untuk perkara yang bukan untuk kepentingan syarie atau keperluan syarie atau keperluan atau untuk bermewah akan ditolak.

  4. IBNU SABIL
    • Bantuan tambang perjalanan bagi mereka yang putus belanja dalam sesuatu perjalanan untuk tujuan yang baik disisi syarak.

  5. FISABILLAH
    • Dermasiswa
      Bantuan bagi sepanjang tempoh pengajian untuk pelajar bidang agama di dalam dan luar negara termasuk di pondok. (Sila lihat Dermasiswa Pelajar)
    • Bantuan Am Pelajaran
      Bantuan pembayaran untuk pendaftaran semester pertama sahaja di pusat pengajian tinggi awam di dalam negara. Bantuan ini meliputi peringkat Ijazah pertama, Diploma, Sijil dan Matrikulasi.
    • Bantuan Perkapita
      Untuk pelajar sekolah-sekolah agama rakyat.
    • Kegiatan Dakwah
      Perbelanjaan bagi aktiviti-aktiviti dakwah, seminar dan kursus yang berkaitan dengan hal ehwal zakat di MAIAMP.
    • Pembangunan Islam
      Pembiayaan pembangunan fizikal kepada sekolah agama rakyat, surau, masjid dan Majlis.
  6.  

     

UNIT-UNIT YANG BERPERANAN DI BAHAGIAN ZAKAT

 

  1. UNIT TAKSIRAN/PUNGUTAN
    Unit ini bertanggungjawab dalam tugas-tugas berikut:
    • Membantu individu dan organisasi Islam membuat taksiran zakat
    • Membuat anggaran kutipan zakat tahunan, mengendalikan urusan kutipan zakat tahunan.
    • Mengendalikan urusan kutipan.
    • Memproses perlantikan dan pertauliahan amil.
    • Merancang aktiviti promosi / kursus / seminar / zakat di negeri Perak.
    Di samping itu terdapat juga aktiviti-aktiviti kutipan seperti berikut:-
    • Mengadakan pameran dan ceramah zakat di pejabat kerajaan,sekolah, pusat membeli belah dan lain-lain organisasi.
    • Mengedarkan pamplet / risalah zakat kepada orang ramai.
    • Membuka kaunter bayaran zakat fitrah di tempat tumpuan awam.
    • Mengadakan skim bayaran zakat melalui potongan gaji.
  2. UNIT AGIHAN
    Unit ini bertanggungjawab dalam mengagihkan wang zakat kepada lapan jenis asnaf mengikut hukum syarak. Asnaf-asnaf tersebut adalah seperti berikut:
    • Fakir
    • Miskin
    • Amil
    • Mu’allaf
    • Ghorimin
    • Fisabilillah
    • Ibnu Sabil
    • Riqab



TAFSIRAN ASNAF- ASNAF ZAKAT

Peraturan 2 Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah 1975 memberi tafsiran asnaf-asnaf zakat seperti berikut:

  1. “Fakir” bermakna orang islam yang keadaannya sudah tiada mempunyai harta dan tiada upaya kerana apa-apa sebab, mencari kehidupan dan termasuklah:
    • mereka yang tiada berharta dan tiada upaya sama sekali dan tiada ditanggung oleh mana-mana pihak seperti bapa dan ibu dan anak atau suaminya;
    • mereka hanya ada cukup usaha yang layak baginya atau mereka yang tiada harta sahaja tetapi pendapatannya tiada mencukupi bagi setengah perbelanjaan dan tidak pula ditangggung oleh sesiapa pun;
    • mereka yang mempunyai harta dan cukup usaha tetapi pendapatan daripada keduanya itu tiada sampai separuh daipada kehendak perbelanjaannya dan tanggungannya;
    • penuntut ilmu agama yang maju yang tiada peluang untuk berusaha dan tiada dapat tanggungan daripada mana-mana pihak.

  2. “Miskin” bermakna orang Islam yang tidak termasuk dalam makna fakir oleh sebab mereka tiada upaya dan dengan sebenarnya berusaha mencari kehidupan tetapi pendapatan daripada usahanya tidak mencukupi bagi perbelanjaan wajibnya dan begitu juga mereka yang ada harta atau usaha yang layak dan juga usahanya, tetapi tidak mencukupi bagi perbelanjaan wajibnya.

  3. “Amil” maknanya seorang pemungut zakat dan/atau fitrah yang dilantik oleh Yang Dipertua termasuk pengusaha ‘Pengumpul’ penyimpan, pekerja-pekerja dan pembahagi-pembahagi zakat dan/atau fitrah dan mereka yang mengambil bahagian dalam pekerjaan ini tetapi tidak temasuk Kadi, Pegawai dan kakitangan Kerajaan.

  4. “Mu’allaf” maknanya seorang yang baru beragama Islam yang kepercayaannya belum kukuh dan temasuklah orang kafir yang telah memeluk Islam yang boleh menarik kaum bangsanya ke agama Islam.

  5. “Riqab” maknanya hamba yang dijanjikan oleh tuannya akan mendapat kebebasan dengan bayaran dalam tempoh yang ditentukan.

  6. “Fisabilillah” maknanya mereka yang masuk pasukan tentera dengan tidak bergaji untuk berperang kerana Agama Islam . Takrif perkataan ini lebih luas termasuklah menolong orang-orang Islam yang tiada termasuk asnaf yang lain tetapi ialah kerana jalan Allah jua, seperti:
    • (Menyara sekolah agama rakyat yang difikirkan yang patut dibantu;
    • Mengadakan pelajaran-pelajaran agama bagi penduduk ditempat-tempat yang tiada upaya penduduk-penduduk di tempat itu mengadakannya, termasuklah saran gurunya;
    • (Mengadakan latihan kepada orang-orang Islam untuk menjayakan perusahaan bagi kehidupannya jika mustahak;
    • Bantuan kepada penuntut ilmu agama yang mustahak mendapat bantuan;
    • Mengadakan tempat pelajaran agama dan menyarannya jika mustahak;
    • Menjalankan seruan agama Islam kepada orang bukan Islam;
    • Menguruskan mayat orang Islam yang tiada siapa yang menanggung atasnya; dan
    • Sebarang kebajikan yang difikirkan patut oleh Majlis dari semasa ke semasa.

  7. “Ibni Sabil” maknanya pengembara dan termasuklah:
    • Mereka yang mengembara melalui negeri ini dengan syarat ia putus perbelanjaan dan pengembaraannya itu tidak dengan tujuan maksiat;
    • Mereka yang hendak mengembara dari negeri ini kerana tujuan yang dipersetujui oleh Jabatan Agama Islam Perak dan tidak mempunyai perbelanjaan bagi menyampaikan tujuan itu. Tetapi, tidak termasuk pengembaraan yang ditegah oleh hukum Syarak.

 

Sebarang permasalahan dan bayaran zakat sila hubungi Pejabat Agama di daerah-daerah seperti berikut:

 

Daerah

No. Telefon

Parit Buntar

05-716 7090

Bagan Serai

05-721 2926

Selama

05-839 3744

Taiping

05-806 6564

Kuala Kangsar

05-776 8371

Lenggong

05-767 8869

Gerik

05-791 3755

Pengkalan hulu

04-477 8077

Batu Gajah

05-365 1290

Kampung Gajah

05-631 2208

Manjong

05-688 6957

Seri Iskandar

05-371 2086

Teluk Intan

05-621 6194

Tapah

05-401 4858

Slim River

05-452 0653

Ipoh

05-255 9749

 

“Sesungguhnya zakat merupakan salah satu jalan menghampirkan diri kita dengan Allah. Ini kerana orang-orang yang telah menunaikan zakat akan memperolehi ketenangan hati dan taqarrub dalam meneruskan hidup dan beribadah kepada Allah”