Dengan semangat pengabdian kepada Allah dan kebaktian kepada umat, warga Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak memadu tekad untuk memberi perkhidmatan berkualiti yang cekap, telus dan mesra pelanggan. Untuk itu segala urusan akan dilaksanakan menepati komitmen berikut:

 

 

BAHAGIAN ZAKAT

 

(UNIT PROMOSI DAN DAKWAH)

 

1.    Menerima bayaran zakat dan mengeluarkan resit dengan serta merta

 

2.    Memastikan setiap pembayar zakat melalui Potongan Gaji (ZPG) akan menerima penyata pembayaran sebelum 31 Mac pada setiap

       tahun.

 

3.    Memastikan pembayaran zakat melalui kiriman pos akan menerima resit pembayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembayaran

       diterima.

 

4.     Bersedia memberikan maklum balas terhadap semua pertanyaan, memenuhi semua jemputan serta memberi penerangan zakat kepada

       semua pihak.

 

(UNIT AGIHAN)

 

1.     Memastikan setiap agihan zakat menepati prinsip dan semangat hukum syara’.

2.    Memproses permohonan bantuan asnaf zakat dalam tempoh satu (1) bulan.

3.    Memproses permohonan bantuan am pelajaran dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan.

4.   Permohonan bantuan segera diproses dengan serta merta.

 

BAHAGIAN HARTANAH

 

1.   Menyelesaikan semua urusan sewaan

      1.1. Tanah dalam masa dua (2) bulan

      1.2. Bangunan dalam masa 7 hari bekerja.

 

2.   Menyelesaikan urusan penjualan tanah Baitulmal dalam tempoh dua (2) bulan.

 

3.   Memproses urusan meletak hak atau pindah milik bagi tujuan wakaf dalam tempoh 1 bulan dari tarikh diterima.

 

4.   Memproses permohonan memungut derma dalam Negeri Perak dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh diterima.

 

5.   Mengeluarkan resit dengan serta merta setelah menerima bayaran hasil am dan wakaf.

 

6.   Bersedia memberikan maklum balas terhadap semua aduan penyewa dalam tempoh 14 hari.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

 

1.   Menyelesaikan semua urusan pembayaran dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tuntutan yang lengkap diterima.

 

 

   

© 2002 - 2007 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak - Semua Hakcipta Terpelihara

Sebarang pertanyaan sila e-mel ke

info@maiamp.gov.my