• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Pembangunan Islam MAIPk 2017

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Pembangunan Islam MAIPk 2017

IPOH, 29 DISEMBER 2017- MAIPk telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Bantuan Pembangunan Islam di Dewan Al-Ghazali, KIDR. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dato’ Dr. Amiruddin Muhamed telah menyempurnakan majlis penyampaian tersebut. Sumbangan bantuan pembangunan Islam ini merupakan permohonan 2017 yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Masjid dan Surau serta Jawatankuasa Akaun Amanah Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak. Sumbangan dan bantuan ini khusus kepada Masjid dan Surau, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan juga agensi-gensi seperti Tadika Islam, Sekolah-sekolah Rendah/Menengah Kebangansan, pengurusan kubur dan sebagainya.

Objektif:
  • Merupakan sebahagian matlamat dan objektif MAIPk bagi membantu dan membangunkan pihak-pihak yang memerlukan bantuan dalam menampung kos mengurus dan mengendalikan institusi-institusi berkenaan.
  • Meringankan beban pihak-pihak institusi yang tidak mempunyai sumber pendapatan dan dana dalam mengurus tadbir institusi mereka.
Sumber Dana:
  • Di dalam sumbangan dan bantuan yang disediakan oleh pihak MAIPk, antara sumber dana yang diwujudkan adalah;
  • Tabung Amanah Masjid dan Surau dalam Negeri Perak:
  • Sumber kewangan tabung ini melalui tanah anugerah Kerajaan Negeri Perak seluas 2,500 ekar di Sungkai yang ditanam dengan kelapa sawit dan diurus oleh PKEINPk.
  • Semua dana ini hanya digunakan khas untuk membantu masjid-masjid dan surau-surau di dalam Negeri Perak mengikut keperluan.
  • Tabung Amanah Sekolah-Sekolah Agama Rakyat dalam Negeri Perak
  • Sumber kewangan tabung ini melalui hasil daripada tanah anugerah Kerajaan Negeri Perak seluas 5,000 ekar di Perlop, Sg Siput dan diurus oleh PKEINPk.
  • Semua dana ini hanya digunakan khas untuk membantu sekolah-sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di dalam Negeri Perak mengikut keperluan.
  • Dana zakat Asnaf Fisabilillah.
  • Sumber kewangan adalah dari sebahagian peruntukan zakat dibawah asnaf fisabilillah bagi menampung untuk Bantuan Pembangunan Islam khusus bagi tadika Islam dan agensi lain mengikut keperluan.
 

Perbelanjaan Keseluruhan 2017:

Bil

Perkara

Peruntukan (RM)

1

Tabung Amanah Masjid dan Surau dalam Negeri Perak

 

 

469,116.00

2

Tabung Amanah Sekolah-Sekolah Agama Rakyat dalam Negeri Perak

 

 

961,917.21

3

Dana zakat Asnaf Fisabilillah – Pembangunan Islam (Tadika Islam dan Lain-lain)

 

 

 145,510.00

 

JUMLAH

1,576,543.21

 












 

 

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.