Program Himpunan Graduasi Usahawan Asnaf MAIPk

IPOH – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak(MAIPk) telah mengadakan Program Himpunan Graduasi Usahawan Asnaf MAIPk di Dewan Al-Ghazali pada 11 November 2017. Program ini menghimpunkan para asnaf MAIPk yang telah berjaya dalam Program Pemerkasaan Usahawan Asnaf MAIPk yang telah berlangsung selama lapan bulan dari bulan April hingga Disember 2017. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti latihan keusahawanan ini telah berjaya menjana dana pendapatan berjumlah RM1.49 Juta berbanding suntikan dana bantuan zakat sebanyak RM400 Ribu. Hal ini merupakan satu pencapaian kepada para peserta program keusahawan MAIPk .Selain itu, sejumlah 22 peserta telah layak membayar zakat perniagaan 2017 kepada MAIPk hasil daripada program keusahawanan MAIPk ini. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBhg. Dato’ Dr. Amiruddin Bin Muhamed telah menyempurnakan program himpunan graduasi usahawan ini.  Turut dihadiri Pengurus Besar Agihan Zakat, A.F Ustaz Bakri Bin Lee serta pegawai-pegawai MAIPk.











.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.