Executive Talk YDP MAIPk 2018

IPOH, 01 Februari 2018 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Executive Talk bersama YABhg. Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Tujuan diadakan executive talk ini sebagai  amanat kepada semua pekhidmat MAIPk untuk tahun 2018.

YDP MAIPk dalam ucapannya menekankan Blueprint MAIPk atau Pelan Strategik MAIPk 2016-2021 yang telah dilaksanakan sangat penting kepada semua pekhidmat MAIPk dengan Blueprint ini memerlukan semua pekhidmat MAIPk terlibat bersama-sama dalam mencapai matlamat apa yang terkandung di dalam blueprint tersebut. Beliau juga memberi nasihat kepada semua pekhidmat MAIPk supaya memelihara dan menjaga nama baik MAIPk serta mengelak keaiban kerana sekiranya berlaku akan menjejaskan dan mencemarkan nama MAIPk itu sendiri.

YDP MAIPk turut  mengucapkan tahniah dan syabas kepada pekhidmat MAIPk di atas sumbangan di mana telah berjaya dalam mencapai sasaran kutipan zakat pada tahun 2017  serta memenangi Anugerah Zakat Peringkat Kebangsaan (Inovasi Terbaik Kutipan 2016 & Inovasi Terbaik Agihan 2017)

Selain itu, YDP MAIPk turut  memberi pujian  dan syabas kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dato’ Dr. Amiruddin Bin Muhamed, kerana dasar keterbukaan MAIPk kepada pihak luar. Hal  ini memberi impak yang positif  serta mendapat imej yang baik kepada pihak MAIPk.

Semoga perutusan daripada YDP MAIPk pada tahun 2018 ini dapat memberi lebih semangat kepada pekhidmat MAIPk dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sempurna serta bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat Pelan Strategik MAIPk 2016-2021.







.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.