• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Bantuan Bina Rumah Maybank Islamic Dengan Kerjasama MAIPk

Majlis Penyampaian Bantuan Bina Rumah Maybank Islamic Dengan Kerjasama MAIPk

IPOH, 21 Februari 2018 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan majlis penyampaian bantuan bina rumah di Kg.Cik Zainal Tambahan 1 Chemor.  Maybank Islamic telah berkerjasama dengan MAIPk dalam membina 4 buah rumah daripada pulangan agihan semula zakat perniagaan. MAIPk berperanan sebagai pelaksana bagi membina rumah tersebut menggunakan spesifikasi rumah MAIPk serta pencarian asnaf yang berkelayakan (fakir dan miskin). Pembinaan 4 buah rumah melibatkan kos berjumlah RM200,000.00 dan membabitkan kos sebanyak RM50,000.00 (Rumah – RM46,000.00 dan kelengkapan rumah RM4,000.0) dengan tiga buah rumah dibina di Daerah Ipoh dan sebuah di Daerah Batu Gajah. Semua penerima kunci  rumah baharu tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic ,YBhg. Dato’ Mohamed Rafique Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBhg. Dato’ Dr. Amiruddin Muhamed.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.