• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan & Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Usahasama Strategik antara Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak dan Wasiyyah Shoppe

Majlis Pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan & Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Usahasama Strategik antara Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak dan Wasiyyah Shoppe

IPOH, 01 Mac 2018 –  Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak. Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Majlis ini dihadiri Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Anggota-Anggota MAIPk, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.
 
  1. Majlis Pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan ini adalah selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 4hb Januari 2018 yang mahukan satu gerakan secara sistematik dilancarkan oleh MAIPk bagi memberi kesedaran kepada rakyat Negeri Perak mengenai kepentingan Hibah di dalam pengurusan harta pusaka orang Islam. DYMM Paduka Seri Sultan antara lain bertitah supaya rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan memberi perhatian khusus kepada perancangan harta pusaka mereka mengikut kaedah hibah supaya ia secara langsung dapat mengurangkan masalah  harta pusaka di kalangan orang Islam yang pada hari  ini dianggarkan terdapat RM 60 bilion nilai harta pusaka terbeku yang gagal diselesaikan.  Melalui gerakan ini, Negeri Perak menjadi negeri pertama di Malaysia  yang melancarkan projek seumpamanya yang mengenengahkan hibah sebagai kaedah penyelesaian harta pusaka orang Islam.
 
  1. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Gerakan Kesedaran Hibah ini , pada majlis yang sama  MAIPk menandatangani Memorandum Perjanjian Usahasama Strategik dengan Wasiyyah Shoppe yang disempurnakan di hadapan kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Pada majlis memeterai perjanjian tersebut, MAIPk diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBhg. Dato’ Dr. Amiruddin Bin Muhamed yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan) Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari, manakala Wasiyyah Shoppe diwakili Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Encik Ariffin Bin Sabirin dan disaksikan oleh Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Encik Azrin Bin Sabirin.
 
 
  1. Melalui perjanjian ini, MAIPk bersetuju untuk melantik Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai rakan strategik pelaksana yang akan menggerakkan semua aktiviti gerakan hibah di dalam Negeri Perak. Antara tanggungjawab Wasiyyah Shoppe Berhad ialah untuk menyediakan penceramah-penceramah bagi menyebarkan maklumat berkaitan hibah di seluruh negeri Perak melalui aktiviti yang dikoordinasi oleh MAIPk, menyediakan tenaga perunding-perunding terlatih yang akan memberi rundingcara peribadi kepada rakyat Perak yang berminat, menyediakan dokumen hibah mengikut keperluan rakyat Perak dan melaksanakan dokumen hibah ini di mahkamah syariah. 
 
  1. Di dalam Majlis pada hari ini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan untuk menyampaikan Watikah Lantikan Ahli Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak iaitu SF. Tuan Haji Md Suaid bin Din dan Profesor Madya Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz.





 

 

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.