Lembaga Tabung Haji Serah Zakat RM3.9 Juta

IPOH, 28 FEBRUARI 2018 - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji telah berlangsung di Dewan  Persidangan Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Lembaga Tabung Haji telah melaksanakan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2017. Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil, Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Perak telah menyerahkan cek zakat perniagaan tersebut berjumlah RM3,967,179.16 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, Dato’ Dr. Amiruddin bin Muhamed. Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan ini organisasi dan perniagaan pihak Lembaga Tabung Haji terus berkembang maju dan golongan asnaf dapat terus dibela.







.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.