• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk Bekerjasama Dengan JPN Laksana Program Sahsiah Unggul Insan Terbilang (SUIT)

MAIPk Bekerjasama Dengan JPN Laksana Program Sahsiah Unggul Insan Terbilang (SUIT)

Meru, 11 April 2018 - Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu gejala sosial yang banyak memberi ancaman kepada kehidupan terutama kerosakan akal, minda, kesihatan tubuh badan serta turut memberikan kesan kepada keselamatan dan masa depan negara. 
Merujuk kepada statistik penagih dadah bagi tahun 2016, seramai 30,844 orang penagih direkodkan dan daripada jumlah tersebut 22,923 orang adalah penagih yang baru dikesan dan statistik menunjukkan seramai 2,639 orang penagih dadah di negeri Perak. (sumber : https://www.adk.gov.my/orang-awam/statistik-dadah/)

Oleh yang demikian, dalam usaha untuk membantu membanteras gejala dadah ini, MAIPk telah bekerjasama dengan JPN untuk menjayakan program Sahsiah Unggul Insan Terbilang (SUIT). Program ini juga merupakan program NBOS beberapa agensi termasuklah PDRM, AADK dan Kementerian kesihatan dan telah dijalankan kajian rintis di beberapa buah sekolah. Melihat kepada keberkesanan modul dan impak yang baik daripada program ini, MAIPK memperuntukan sebanyak RM70,000.00 iaitu Program Pembangunan Modal Insan di bawah Asnaf Fisabilillah. Dengan dana ini, pelajar-pelajar bagi 250 buah sekolah menengah di sekitar negeri Perak akan menerima modul program Sahsiah Unggul Insan Terbilang (SUIT).
Lahirnya insan terbilang yang bebas daripada penagihan dadah juga merupakan impian MAIPk dalam memperlengkapkan usaha-usaha membangunkan taraf ekonomi, pendidikan dan sosioekonomi ummah di peringkat awal pendidikan lagi. 









.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.