114 Orang Pelajar Berangkat Ke Mesir

12/4/2018 - Pelajar tajaan dan Bantuan Am Skim Dermasiswa Luar Negara MAIPk telah selamat tiba di tanah Mesir. Seramai 40 orang telah bertolak ke Mesir pada 1 April 2018 dan selebihnya pada 8 April 2018. Kini, mereka sedang mengikuti kelas insentif bahasa arab di Aleem Center iaitu pusat latihan yang dilantik bagi menyediakan kursus tersebut kepada pelajar Dermasiswa MAIPk. Kelas ini disediakan sebagai persediaan pelajar sebelum menghadapi peperiksaan Imtihan Qabul pada 21 April 2018 nanti sebagai penentuan tempoh masa pelajar di Markaz Lughah.
 
Pelajar Tajaan MAIPk menerima pembiayaan penuh bagi tiket penerbangan, Markaz Lughah sebanyak RM3,500.00 dan sara diri pengajian RM6,500.00/tahun dan meliputi tempoh 4 tahun pengajian (pengajian). Manakala bagi pelajar Bantuan Am, pembiayaan separuh bagi tiket penerbangan, Markaz Lughah sebanyak RM3,500.00 dan sara diri pengajian RM3,500.00/tahun dan meliputi tempoh 4 tahun pengajian (pengajian). Pelajar Bantuan Am ini layak untuk menjadi pelajar tajaan dengan syarat mendapat keputusan jayyid dalam peperiksaan. 
 
Pihak MAIPk berharap dengan peluang dan ruang yang disediakan pelajar-pelajar dibawah Skim Dermasiswa Luar Negara MAIPk berusaha keras untuk menimba ilmu serta mempelajari seberapa banyak ilmu Islam di tanah Mesir dan akhirnya dapat menyalurkan serta menyebarkan ilmu Islam kepada umat Islam di Malaysia.
 
Diharapkan juga supaya pelajar-pelajar ini sentiasa fokus dalam pembelajaran dan pulang ke Malaysia tepat pada masanya dengan membawa pulang segulung Ijazah serta ilmu pengetahuan yang mampu memberi manfaat kepada umat Islam di Malaysia.
 
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.