• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • 19 Orang Anak Asnaf Ikuti Program Certified Accounting Technician (CAT) Dan Association Of Chertered Accountants (ACCA)

19 Orang Anak Asnaf Ikuti Program Certified Accounting Technician (CAT) Dan Association Of Chertered Accountants (ACCA)

Ipoh, 12 April 2018 - Dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pelajar Bumiputera dalam bidang perakaunan dan kewangan, MAIPk bekerjasama dengan MyPAC iaitu sebuah organisasi yang berperanan untuk meningkatkan jumlah akuantan profesional bumiputera di Malaysia melalui kerjasama dengan badan profesional, institusi pendidikan yang diiktiraf, sektor swasta dan agensi kerajaan bagi Kursus Certified Accounting Technician (CAT) dan Association of Chartered Accountants (ACCA) selama 4 tahun 2 bulan di INTEC Education College. 
 
Program ini melibatkan seramai 19 orang pelajar dalam kalangan keluarga asnaf Fakir dan Miskin dan 14 orang daripadanya adalah pelajar Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk. 
 
Pelajar-pelajar ini akan diiktiraf sebagai akauntan profesional oleh Certified Accounting Technician (CAT) dan Association of Chartered Accountants (ACCA).
 
Sebanyak RM2,307,854.00 diperuntukkan bagi program ini meliputi RM121,466.00 bagi seorang pelajar.
 
Pihak MAIPk berharap, pelajar-pelajar ini berusaha keras bagi membolehkan mereka layak menerima pengiktirafan tersebut sekaligus menyumbang kembali kepada masyarakat Islam. 
 
(Sumber: Zakat Perak-MAIPk)






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.