• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • 40 Orang Anak-Anak Asnaf Ikuti Kursus Kimpalan Dan Kemahiran Kulinari

40 Orang Anak-Anak Asnaf Ikuti Kursus Kimpalan Dan Kemahiran Kulinari

Bagi tahun 2018 ini beberapa program Skim Latihan Kemahiran Asnaf telah dirancang dan seramai 40 orang anak asnaf telah pun dihantar ke pusat latihan iaitu 20 orang mengikuti Kemahiran Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Kulinari) di Haaza Centre of Excellence Ipoh dan 20 orang pula mengikuti Kemahiran Kimpalan Arka 6G di di PESDC Batu Gajah.
 
Anak-anak yang mengikuti Kemahiran Kulinari akan mengikuti latihan tersebut selama 9 bulan manakala anak-anak yang mengikuti Kemahiran Kimpalan Arka 6G akan mengikuti latihan tersebut selama 6 bulan.
 
Pihak MAIPk berharap latihan kemahiran yang diberikan dapat membuka peluang untuk masuk dalam industri pekerjaan mengikut bidang yang diberikan sekaligus mampu meningkatkan sosio ekonomi keluarga mereka dan tidak mustahil jika mampu membuka perniagaan berasaskan kemahiran yang dimiliki.
 
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.