Kursus Kesedaran Hibah dan Sistem Pengurusan Kewangan Masjid

TELUK INTAN -  Yayasan Pendidikan Teluk Intan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah mengadakan Kursus Kesedaran Hibah dan Sistem Pengurusan Kewangan Masjid di Teluk Intan Dewan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah pada 26 April 2018. Tujuan kursus ini dianjurkan untuk memberi kesedaran serta pengetahuan baru tentang cara-cara untuk melaksanakan dan kelebihan hibah kepada masyarakat khususnya kepada jawatankuasa-jawatankuasa masjid di daerah Teluk Intan. Kursus ini juga memberi pengetahuan baru tentang cara menguruskan sistem kewangan untuk masjid-masjid daerah Teluk Intan. Program ini telah melibatkan Yayasan Pendidikan Teluk Intan, kakitangan MAIPk Teluk Intan serta Pengerusi dan Bendahari masjid sekitar daerah Teluk Intan. Meningkatkan kesedaran kepada Pengerusi dan Bendahari masjid tentang kelebihan hibah serta cara-cara untuk melaksanakan hibah serta memberi pengetahuan tentang cara-cara menguruskan sistem kewangan masjid.


 




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.