• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Kabin Gunting Rambut Dan Bantuan Hari Raya Daerah Selama

Majlis Penyerahan Kabin Gunting Rambut Dan Bantuan Hari Raya Daerah Selama

Selama, 11 Jun 2018 – Satu majlis agihan Bantuan Hari Raya bagi Fakir dan Miskin daerah Selama berjumlah RM195,750.00 telah diadakan yang melibatkan seramai 783 orang penerima. Turut berlangsung juga Majlis penyampaian Kabin Gunting Rambut kepada En. Hamzah bin Rajuli.
 
Majlis telah disempurnakan oleh YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Dato' Wan Mohd Isa bin Dato' Haji Wan Mohd Razalli Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama di Masjid Al-Aziziah, Sungai  Bayor, Selama Perak.
 
Pihak MAIPk mengharapkan sumbangan raya ini dapat menyempurnakan hari raya para penerima. Dan juga semoga penyerahan kabin gunting rambut dapat membantu En. Hamzah meningkatkan pendapatan beliau.
 
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.