Santuni 3 Beradik Yang Menghidapi Penyakit Saraf Di Kampar

Kampar - Baru-baru ini pihak MAIPk telah menerima makluman daripada NGO berkenaan sebuah keluarga di Kampar yang mempunyai 3 orang adik beradik menghidapi penyakit saraf dan salah seorangnya terlantar.
 
Mereka ini dijaga dan bergantung dengan kakak sulungnya selepas kematian ibu bapa. Salah seorang daripada mereka ada menerima bantuan JKM.
 
Keluarga ini memerlukan bantuan berbentuk susu, katil khas dan pelapik badan kepada adiknya yang terlantar. Tambahan pula, menurut kakaknya, keperluan yang amat diperlukan adalah dalam bentuk keperluan susu. Insya Allah, bantuan daripada pihak MAIPk akan menyusul selepas daripada kunjungan ini.
 
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.