• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018 Sumbangan Yayasan Muhibah Tan Sri Dr Fng Ah Seng dan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak

Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018 Sumbangan Yayasan Muhibah Tan Sri Dr Fng Ah Seng dan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak

PARIT BUNTAR, 07 JUN 2018 – Yayasan Muhibbah Tan Sri Dr Fng Ah Seng dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin di Pejabat Jualan Epic Valley, Parit Buntar Perak. Meskipun berstatus bukan Islam Tan Sri Dr Fng Ah Seng melalui syarikatnya, Epic Valley Holding Berhad telah mengeluarkan zakat sebagai rutin tahunan beliau. Beliau telah menyatakan amalan berzakat daripada keuntungan perniagaan akan memudahkan perjalanan rezekinya malah meningkatkan hasil kekayaan sebagai seorang usahawan tempatan. Beliau mengamalkan ibadah zakat yang dilaksanakan oleh umat Islam ini di atas nasihat oleh Mufti Perak Darul Ridzuan ,YABhg. Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria.

Pada majlis penyampian bantuan Aidilfitri ini, Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani turut menegaskan jutawan bukan Islam seperti Tan Sri Dr Fng Ah Seng harus menjadi contoh kerana kesudiannya melaksanakan zakat perniagaan untuk membantu pembangunan asnaf beragama Islam adalah bukti sebenar seorang rakyat Malaysia yang amat bertanggungjawab.Beliau juga berharap lebih banyak tokoh-tokoh usahawan sebegini yang dapat dilahirkan demi pembangunan masyarakat majmuk. Pada majlis tersebut Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng menyumbang RM60,000 bantuan Aidilfitri kepada sejumlah 166 penerima fakir miskin di daerah kerian. Majlis ini juga telah dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Puan Hajjah Wan Maizura biniti Haji Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat A.F. Ustaz Bakri bin Lee, Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar dan Bagan Serai serta pegawai-pegawai dan pekhidmat MAIPk.
 













.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.