Bantuan Bina Rumah MAIPk Kampong Orang Asli Pos Gedong Bidor

Bidor, 18 Julai 2018 - Seramai 7 ketua keluarga dalam kalangan asnaf menerima bantuan bina rumah baru daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM306,000.00 bagi 2 unit rumah jenis A, 5 unit rumah jenis B serta kos tambahan RM14,000.00.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dato’ Dr. Amiruddin bin Muhamed berkata, setiap tahun peningkatan bagi bantuan bina dan baikpulih adalah hampir 50 unit rumah. Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 277 unit rumah bina baru telah dibina dan 521 unit rumah asnaf telah dibaiki.
 
Tambah beliau lagi, peningkatan ini juga adalah daripada program Jejak Asnaf yang telah dilaksanakan pada tahun lepas iaitu sebanyak 169 keluarga telah dijejaki melibatkan bantuan bina, baikpulih, dan kewangan bulanan dengan perbelanjaan sebanyak RM4,451,543.56.
 
Dato’ Dr. Amiruddin Muhamed memberitahu, sejak daripada tahun 2014 sehingga kini sebanyak 1,060 unit rumah baru telah dibina dengan kos sebanyak RM47,916,656.54 manakala 2,197 unit telah dibaikpulih dengan kos sebanyak RM31,395,803.67 dan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM79,312,460.21.
 
Majlis penyampaian bantuan rumah telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Amiruddin bin Muhamed di Kampong Orang Asli Pos Gedong Bidor.
















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.