• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Parit Buntar Tahun 2018

Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Parit Buntar Tahun 2018

PARIT BUNTAR, 28 Ogos 2018 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu majlis penyampaian bantuan Zakat kepada fakir miskin di K-Garden Hotel, Parit Buntar Perak. Bantuan yang telah disalurkan kepada fakir miskin dari segi bantuan persekolahan sesi 2018, bantuan rumah bagi program serahan bantuan bina rumah 2018, program pemerkasaan Asnaf 2018 dan bantuan bulanan bagi program serahan bantuan bulanan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar Encik Mohamad Razif bin Mokhtar dan dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Kerian Tuan Haji Mazalani bin Abdul Muhaini. Tujuan Majlis ini dilangsungkan untuk memberi pendedahan kepada pihak sekolah berkenaan pengagihan borang-borang bantuan sekolah kepada anak-anak Asnaf Fakir dan Miskin. Seterusnya, menyampaikan maklumat dan prosedur-prosedur agihan zakat terutamanya bantuan pendidikan kepada golongan pendidik. Disamping itu juga, ia merupakan salah satu ruang bagi hebahan dan mempromosikan peranan MAIPk dalam mengagihkan wang zakat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak MAIPk dengan guru-guru di Daerah Parit Buntar.












 

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.