Delegasi Sinergi Mahabbah Anjuran MAIPk Tapah

TAPAH , 7 September 2018 - Delegasi Sinergi Mahabbah Anjuran Majlis Agama Islam & `Adat Melayu Perak (MAIPk)  Daerah Tapah iaitu berkisar majlis penyerahan bantuan sumbangan daripada Pejabat Baitulmal Daerah Tapah telah berjaya dilaksanakan. Majlis penyerahan bantuan sumbangan ini telah mendapat kerjasama perancangan program bersama rakan strategik Pejabat Baitulmal Daerah Tapah MAIPk,Pejabat Orang Besar Jajahan Batang Padang,Pejabat Daerah Batang Padang via Penghulu Mukim yang diterajui oleh ketua pemimpin Daerah Tapah iaitu Y.D.H. Toh Paduka Indera Dato' Haji Mat Rasid Bin Ayob  merangkap Orang Besar Jajahan Batang Padang dan dikelolakan oleh A.F Ustaz Haji Hamdi Bin Othman merangkap Pegawai Baitulmal Daerah Tapah & disertai oleh A.F Ustaz Anwar Bin Ahmad Fauzi merangkap Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Tapah,Encik Ahmad Rozain Bin Romly @ Ramli (Penghulu Mukim Tapah),Encik Mat Kasa @ Mohamad Kasa Bin Arsad (Penghulu Mukim Bidor).

Antara tentatif yang berjaya diimplentasikan atau dilaksanakan adalah penyerahan bantuan perubatan kepada Hanis Nur Syamimi Binti Yushrey & Hanis Nur Nadhirah Binti Yusrey yang menerima bantuan cermin mata di Rumah Telekom,Jalan Temoh,Taman Kenari dan Encik Mohamad Ali Bin Padu yang menerima bantuan kerusi roda (promedictech travelling wheelchair) di Kampung Seri Dermawan Tapah Road. Usai penyerahan bantuan,aktiviti diteruskan dengan delegasi mahabbah ke rumah Siti Herlina Binti Omar yang ditimpa musibah serta dihujung tentatif,kunjungan delegasi ke teratak Haji Mohd Hanid Bin Abdullah Sani merangkap Ahli Majlis Agama Islam & `Adat Melayu Perak.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.